Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

PERKEMBANGAN HOMEOPATI DI MALAYSIA.

SEJARAH AWAL Homeopati datang ke Malaysia melalui askar British namun tidak disebarkan secara meluas.    Homoeopati dibawa masuk dan diperkenalkan di tanah Melayu oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy apabila beliau pulang ke Malaya pada tahun 1929. Beliau merupakan graduan daripada Ismaeliah Medical College, New Delhi. Dr. Burhanuddin seorang yang bergiat cergas dalam organisasi politik dan agama, salah seorang pengasas Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pernah menjawat jawatan presiden Partai Islam Se Malaysia (PAS) pada waktu itu. Pada tahun 1937, Dr Burhanuddin telah membuka gedung Homeopati bersama dengan Prof. Dr. Rajah di Singapura dan Johor Bharu. Oleh kerana kesibukan menguruskan aktiviti keagamaan dan politik di tanah air, sehingga tahun 1942 usaha beliau terhenti seketika. Tahun 1952, beliau kembali menyambung usaha mengamalkan Homeopati di kalangan sahabat handai dan keluarga. Beliau juga berusaha mengumpulkan penuntut untuk mempelajari bidang Homeopati s...

PERKEMBANGAN HOMEOPATI DUNIA

Mungkin ramai di kalangan masyarakat Malaysia masih keliru tentang sistem perubatan Homeopati. Ada yang beranggapan bahawa ia adalah perubatan tradisional (herba) dan tidak kurang kurang pula beranggapan ia adalah perubatan India. Bagi mereka yang berpeluang melawat atau menuntut di negara-negara Barat, perubatan Homeopati bukanlah sesuatu perkara yang asing kerana hampir disemua farmasi ada menjual ubat-ubat ini. Malah di sesetengah negara, terdapat hospital-hospital Homeopati yang lebih canggih dari hospital biasa contohnya di England, Perancis, Jerman, India, Pakistan dan lain-lain lagi. ASAL USUL HOMEOPATI Homeopati diasaskan oleh seorang ahli perubatan Jerman yang bernama SAMUEL HAHNEMANN. Atas rasa tidak puas hati dengan sistem perubatan sedia ada pada ketika itu yang dianggap tidak rasional, beliau telah berusaha membuat penyelidikan untuk memperbahrui beberapa teknik perubatan dengan cara yang lebih rasional dan baik.     Setelah beberapa tahun membuat kaj...

PAKEJ BEKAM DI NUR HOUSE OF WELLNESS

BERITA BAIK BUAT WARGA SEKITAR SENAWANG, SEREMBAN, SEREMBAN 2, AMPANGAN, PAROI, SIKAMAT, KUALA PILAH, REMBAU, MANTIN, NILAI DAN NEGERI SEKITAR NEGERI SEMBILAN. Kami menyediakan pakej berpatutan untuk terapi bekam darah. PAKEJ RM 80 (7 CUPS) PAKEJ RM100 (10 CUPS) Hubungi kami untuk maklumat lanjut di 019-2185300. Di jamin bersih dan selamat! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba terapi SUNNAH RASULLULLAH S.A.W yang amat baik untuk kesihatan tubuh ini.

HOMEOPATHIC SEMINAR 2014

Menghadiri seminar di Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) pada 3rd dan 4th Mac 2014. Seminar disampaikan oleh Dr Farokh J. Master Bersama H/dr Alaniah menghadiri Seminar di CUCMS Bersama H/dr Puteri di CUCMS Bergambar bersama perawat-perawat homeopati yang hadir

BEKAM @ CUPPING @ HIJAMAH

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. Tukang bekam dipanggil pembekam atau hajim. Istilah pembekam adalah homonim yang membawa maksud: orang yang melakukan kerja membekam; atau alat untuk membekam. Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.     Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit. JENIS-JENIS BEKAM 1) BEKAM KERING Bekam kering atau juga dikenali sebagai bekam angin merupakan salah satu teknik berbekam tanpa mengeluarkan darah da...

SALAM RAMADHAN 1438/2017

SALAM RAMADHAN diucapkan buat semua yang beragama islam dari kami di  NUR HOUSE OF WELLNESS. Mohon Maaf jika ada salah dan silap tutur kata mahupun perbuatan. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah yang kurang adalah kerana kami hambanya yang lemah. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!

10 FAQ mengenai AKUPUNKTUR

1)Apa itu Akupunktur? Akupunktur merupakah kaedah tusukan jarum pada titik-titik tertentu pada tubuh. Terdapat lebih 365 titik kesemuanya pada tubuh badan. Titik-titik ini akan dipilih berdasarkan masalah yang di hadapi. 2) Adakah Jarum Akupunktur menyakitkan? Tidak, jarum akupunktur amat halus. jika ada rasa sakit, hanya seperti gigitan semut sahaja. 3)Adakah tusukan jarum akupunktur menyebabkan pendarahan? tidak, tusukan jarum ke kulit tidak menyebabkan luka atau berdarah.  4)Adakah akupunktur membatalkan puasa? Tidak, Akupunktur boleh dilakukan bagi mereka yang berpuasa dan tidak membatalkan puasa. 5)Berapa lama proses akupunktur dialkukan? 30-45 minit. 6) Apa kesan-kesan yang boleh dirasai semasa/selepas melakukan akupunktur. Semasa melakukan akupunktur, sesetengah pesakit boleh merasai rasa kebas, berat, berdenyut atau gatal di tempat tusukan jarum.  Selepas akupunktur, terdapat pesakit yang akan mengalami rasa mengantuk, penat, le...

Kolestrol

Apa itu Kolestrol? Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai  lipid ) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu: Kolesterol LDL ( Low Density Lipoprotein ) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kolesterol HDL ( High Density Lipoprotein ) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung. Apa pentingnya menjaga diet kolestrol? Untuk mencapai dan mengekalkan paras kolesterol dalam julat normal. Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung Terapi diet dapat menurunkan jumlah kolester...

NUR HOUSE OF WELLNESS

Jika dulu dikenali sebagai Homeopati Akupunktur Shazi, pusat rawatan ini telah diberi nafas baru serta nama baru dipilih untuk menarik minat masyarakat terhadap perubatan tradisional dan komplemetari. NUR HOUSE OF WELLNESS merupakan pusat rawatan untuk tujuan kesihatan serta kecantikan. Bukan sahaja sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan, tetapi mereka yang ingin mengekalkan tahap optimum kesihatan serta kecantikan boleh mencuba kaedah perubatan kami. Penjagaan kesihatan dan kecantikan secara natural (semulajadi) dan tanpa kesan sampingan ini diperkenalkan untuk seluruh masyarakat di kawasan sekitar Seremban, Senawang, Ampangan,Paroi, Seremban Jaya, Kuala Pilah, Rembau, Nilai dll. Untuk pertanyaan lanjut boleh lawati fb page :  https://www.facebook.com/nurwellnesshouse/                                                    atau hubu...

How does Homeopathy Works ?

Law Of Similarity - Like Cures Like According to homeopathic understanding, that which a substance is capable of causing, it is also capable of curing. The name homeopathy, coined by its originator Samuel Hahnemann, is derived from the Greek words for ‘similar suffering’ referring to the ‘like cures like’ principle of healing. ‘Like cures like’ can be looked at in several ways. One way is to assume that the body knows what it is doing and that symptoms are its way of taking action to overcome illness. This healing response is automatic in living organisms; we call it the ‘vital response’. The similar medicine acts as a stimulus to the natural vital response, giving it the encouragement it needs to complete its healing work. Since the initial action of the vital response plus the medicine is to increase the strength of the symptoms, this is our first indication of internal healing taking place, of diseases being cured from within – pushed outwards along established routes of pas...

AKUPUNKTUR RAHSIA KECANTIKAN WANITA MASA KINI.

Mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang licin merupakan dambaan setiap wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan cantik walaupun mahal dan berisiko namun demi kelihatan cantik mereka sanggup melakukannya. Ubat-ubatan, supplement, suntikan vitamin, suntikan botox hinggalah pembedahan boleh menelan belanja tinggi selain risiko yang perlu diambil kira kerana terdapat pelbagai produk-produk dan perawat palsu. Akupunktur yang kita tahu digunakan untuk tujuan pemulihan masalah berkaitan kesihatan serta masalah berkaitan saraf. Kini Akupunktur digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Kaedah ini dinamakan KOSMETIK AKUPUNKTUR. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada mereka yang ingin kelihatan cantik dan anggun secara natural tanpa kesan sampingan. BAGAIMANA AKUPUNKTUR BERFUNGSI? Tusukan jarum-jarum halus pada kawasan muka akan merangsang aliran darah dan oksigen di bahagian kulit muka. Cara ini akan menguatkan otot-otot muka seterusnya memperbaiki sel-sel kulit muka....