Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BEKAM

SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN : Pemakanan tidak sihat antara punca.

 Pakar kesihatan berpendapat, sakit kepala atau migrain berpunca daripada makanan tidak sihat, tidak segar dan bertoksik, tekanan atau stress serta ketidakseimbangan hormon. Kebiasaannya pesakit migrain khususnya akan diberikan dos ubat yang tinggi untuk membantu pesakit menahan kesakitan. Hanya ubat tahan sakit sahajalah yang diberikan, lebih teruk lagi pengguna ubat tahan sakit terdedah kepada risiko masa panjang. Bagaimana Migraine Berlaku Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak. Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama : Migrain biasa : pesakit mendapat sakit kepala tanpa tanda amaran. Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, da...

HUKUM BERBEKAM ?

  IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAM SOALAN  : Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?   JAWAPAN : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.   Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk  “al-Sunnah al-Nabawiyyah” , inilah jawapannya :   Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:   Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:   حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ Maksudnya:  “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya” . [Riwayat al-Bukha...

BEKAM DARAH @ HIJAMAH SERTA WAKTU TERBAIK

Mengapa Bekam dikatakan sebagai Sunnah Nabi. Berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Ini seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, antara hadis-hadis yang berkaitan dengan bekam ialah : Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.                 ...

PAKEJ BEKAM DI NUR HOUSE OF WELLNESS

BERITA BAIK BUAT WARGA SEKITAR SENAWANG, SEREMBAN, SEREMBAN 2, AMPANGAN, PAROI, SIKAMAT, KUALA PILAH, REMBAU, MANTIN, NILAI DAN NEGERI SEKITAR NEGERI SEMBILAN. Kami menyediakan pakej berpatutan untuk terapi bekam darah. PAKEJ RM 80 (7 CUPS) PAKEJ RM100 (10 CUPS) Hubungi kami untuk maklumat lanjut di 019-2185300. Di jamin bersih dan selamat! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba terapi SUNNAH RASULLULLAH S.A.W yang amat baik untuk kesihatan tubuh ini.

BEKAM @ CUPPING @ HIJAMAH

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. Tukang bekam dipanggil pembekam atau hajim. Istilah pembekam adalah homonim yang membawa maksud: orang yang melakukan kerja membekam; atau alat untuk membekam. Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.     Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit. JENIS-JENIS BEKAM 1) BEKAM KERING Bekam kering atau juga dikenali sebagai bekam angin merupakan salah satu teknik berbekam tanpa mengeluarkan darah da...