HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Friday, November 1, 2019

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan Darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Terdapat 2 jenis bacaan tekanan darah iaitu :
  • Bacaan Atas atau Sistolik(systolic). Bacaan ini menunjukkan tekanan ke pembuluh arteri akibat tekanan jantung.
  • Bacaan Bawah atau Diastolik(diastolic). Bacaan ini menunjukkan tekanan semasa jantung berehat diantara pengepaman jantung.
TEKANAN DARAH TINGGI.

Tekanan darah tinggi merupakan satu keadaan di mana kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk jangkamasa yang lama.
KAdar tekanan darah yang optima ialah 130/80 mmHg.

Gejala Tekanan Darah Tinggi.

  • Sakit Kepala
  • Loya
  • Hidung berdarah
  • sesak Nafas
  • Berdebar-debar (degupan jantung tidak normal)
Namun, kebiasaannya masalah tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda. Anda mungkin mengalami masalah tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat.

Pemeriksaan secara berkala adalah penting kerana hanya dengan cara ini kita dapat mengetahui adakah kita mengalami tekanan darah tinggi.

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi.

  • Serangan Jantung
  • Angin Ahmar
  • Kegagalan Jantung
  • Kerosakan Buah Pinggang.
Amalan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, makan secara sihat, tidak merokok, elakkan pengambilan alkohol, mengekalkan berat badan normal dan rehat yang cukup dapat mengawal tekanan darah yang baik. Selain itu juga menjalankan pemeriksaan tekanan darah secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap jika anda mempunyai risiko terhadap darah tinggi.

Wednesday, October 23, 2019

PUSAT RAWATAN HOMEOPATI, AKUPUNKTUR DAN BEKAM.

NUR HOUSE OF WELLNESS terletak di Pusat Bandar Senawang di Taipan 2 berhadapan dengan Balai Bomba Senawang, sebaris dengan restoran Mr Steak House.
.
Jom lihat di sekitar pusat rawatan....

Pandangan dari luar. Cari papan tanda ini ye ↑
Ruang Menunggu.
Kaunter Petanyaan dan Pendaftaran. nak tanya boleh walk-in je...insyaAllah free shj 
Bilik Rawatan 1. Selesa dan berhawa dingin. Sesuai kepada yang inginkan privasi.
Bilik Rawatan 2

Add caption


Consultation Room. 



Tuesday, October 22, 2019

RADANGAN TONSIL (TONSILITIS)

APAKAH ITU TONSIL?

Tonsil merupakan sepasang kelenjar yang terletak dibahagian belakang mulut bersempadan dengan tekak. Kelenjar tonsil merupakan sebahagian daripada sistem limfatik (lymphatic) yang memainkan peranan dalam sistem pertahanan tubuh.

APA ITU TONSILITIS ?

Tonsilitis merupakan satu keadaan dimana tonsil menjadi radang akibat jangkitan virus atau bakteria. ia menyebabkan tonsil menjadi bengkak, merah dan sakit. Jangkitan tonsil ini kerap berlaki terutamanya dikalangan kanak-kanak.


APAKAH SIMPTOM TONSILILTIS?

1. Sakit tekak
2. sakit ketika menelan.
3. Demam (kadang-kadang sehingga menggigil.
4. Sakit kepala
5. Tonsil merah dan bengkak.
6. Sakit di bahagian leher berpunca daripada keradangan pada kelenjar limfa leher.
7. Kemungkinan terdapat tompok-tompok putih atau nanah di atas kelenjar tonsil.

Tonsilitis boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti Otitis Media(jangkitan pada telinga tengah), Peritonsillar Abscess (tonsil bernanah), Pneumonia (Jangkitan paru-paru) dan Dehydration (kekurangan air dalam tubuh).
.
.
Antara remedi-remediHomeopati yang digunakan untuk masalah seperti ini ialah Baryta Carc, Bell, Calc Carb, Calc Flour, Merc Sol, Merc Iod, Phyto, Lach, Hep Sulph dll.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami.

#nurhouseofwellness
#homeopatiakupunkturbekam

Friday, August 9, 2019

SALAM AIDILADHA 2019

Selamat Menyambut Aidiladha buat semua umat islam dan khususnya pelanggan Nur House Of Wellness.

Untuk makluman kami akan bercuti pada Ahad (11/08/19) hingga Rabu (14/08/19).

Nur House Of Wellness akan dibuka seperti biasa pada Khamis (15/08/19).

Sekian, Harap Maklum.

Hubungi Kami utnutk sebarang pertanyaan 016-6641012

Thursday, August 8, 2019

Keunikan Akupunktur Dalam Perawatan.

Perubatan Akupunktur terkenal di sebagai perubatan China. Malah di Malaysia akupunktur masih diamalkan denganluas oleh kaum Cina. 
     Tetapi hari ini akupunktur bukan hanya diamalkan oleh masyarakat Cina namun telah meluas ke seluruh dunia. Di Malaysia ia turut di amalkan oleh kaum Melayu dan India. Kaedah perubatan ini telah dimajukan dan dikembangkan kepada masyarakat melayu khususnya. Walaupun pada awalnya masih ramai yang meragui tentang kaedah rawatan ini, namun pada hari ini, telah ramai yang mencuba dan mendapat kebaikan daripada Akupunktur. 

      Perubatan Akupunktur sebenar amat berkesan untuk merawat kes-kes melibatkan urat saraf, masalah otot, mengurangkan kesakitan serta mengurangkan kesakitan tanpa ubat (pain relief without drugs). Mengikut pendapat Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah terbukti keberkesanannya dirawat melalui akupunktur :

  • Resdung/ Sinusitis
  • Selsema / Rhinitis 
  • Selsema
  • tonsilitis
  • Batuk/ bronkitis 
  • spasm pada esofagus
  • Tersedu / hiccup
  • Gastroptosis
  • Colitis /duodenal Ulcer
  • sembelit/cirit-birit
  • Lumpuh Usus
  • Sakit Gigi
  • Sakit Gusi
  • Sakit Kepala / migrain
  • Bells; Palsy / Lumpuh Muka
  • Vertigo / Meniere's Disease
  • Frozen Shoulder
  • Sakit Pinggang / lumbago
  • Sakit Sendi
Kaedah perubatan tradisional China klasik ini begitu unik dan amat sukar difahami oleh orang awam. Dengan hampir ribuan titik-titik akupunktur di seluruh tubuh badan, amat sukar bagi seseorang untuk memahami bagaimana akupunktr ini mampu memberi peyembuhan kepada pesakit. 
Banyak kajian dilakukan di BArat untuk memahami bagaimana tusukan jarum-jarum halus ini bertindakbalas kepada badan manusia. Hasil kajian selidik mereka mendapati aliran tenaga (qi) dapat dikeluarkan setiap kali jarum ini ditusuk ke titik-titik tertentu yang mempunyai nilai perubatan. Semua aliran ini dikeluarkan dan dikawal oleh hormon endorphin dan monoamine pada bahagian otak. Hormon-hormon ini terlibat mengawal sistem saraf dan menghilangkan kesakitan seterusnya bertindak menggerakkan daya tahan bada untuk melawan penyakit.





sumber rujukan : KAedah Perawatan Perubatan Homeopathy & Komplementari, Prof Dr NIk Omar 2006.

Thursday, May 9, 2019

SINUSITIS

RADANG SINUS (SINUSITIS)

Sinusitis ialah radangan pada rongga sinus.Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Terdapat banyak gejala sinus atau resdung samada akut, kronik atau berulang(recurrent)
.
Radang sinus boleh disebabkan oleh :
  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
  • alahaA
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)


Gejala-gejala sinusitis :
🔸Selsema
🔹Kesukaran bernafas
🔸Gatal samada hidung,mata, muka, telinga atau tekak
🔹Hidung berbau busuk
🔸Bersin
🔹Demam
🔸Keletihan
🔹Batuk
🔸Hidung tersumbat
🔹Hilang deria bau dan rasa
🔸Jerawat
🔹Sakit sekitar hidung, muka dan dahi.


✔️Sistem perubatan #homeopati mempunyai rangkaian ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ini samada akut atau kronik.
Bagi yang mengalami masalah polip dalam hidung ( nasal polyps) terdapat ubat khas untuk membantu mengecutkan polip selain daripada pembedahan. Ubat-ubat akan dipilih berdasarkan simptom-simptom pesakit.

Antara remedi homeopati untuk masalah ini antaranya ialah Aconite, Allium Cepa, Ars Alb, Staphysagria, Kali Bich, Teucurium, Pulsatilla, Silicea, Hepar Sulph, Graphite, Thuja, dll
✔️Selain daripada itu #Akupunktur juga boleh membantu mengurangkan gejala seperti sakit-sakit, bersin, selsema dengan cepat. Jarum akupunktur akan diletakkan pada titik disekitar muka. Kaedah ini tidak akan meninggalkan apa-apa kesan pada muka.
✔️Manakala kaedah #bekam darah biasanya dilakukan jika mengalami jerawat yang teruk.
.
Kaedah integrasi ini akan mempercepatkan dan memberikan hasil yang terbaik 👍


SALAM RAMADHAN 1440H

dari 
NUR HOUSE OF WELLNESS

Tuesday, March 19, 2019

WAKTU OPERASI

Waktu Operasi :

SELASA - SABTU                 : 10 PAGI - 6 PETANG
AHAD & CUTI UMUM         : 10 PAGI - 1 PETANG
ISNIN                                      : TUTUP

Berikut ialah alamat kami :

NUR HOUSE OF WELLNESS
NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
( Belakang Proton Edar Senawang, sebaris Mr Steak House)

Talian Untuk Hubungi :016-6641012


Kami menyediakan Khidmat Perubatan Tradisional dan Komplementari seperti berikut :


  • HOMEOPATI
  • AKUPUNKTUR 
  • KOSMETIK AKUPUNKTUR
  • BEKAM ANGIN 
  • BEKAM DARAH
  • AKUBEKAM
  • INFRARED

Tel : 016-6641012

Pengumuman buat semua, talian 016-6641012 telah diaktif semula. Anda boleh menghubungi kami di talian tersebut mulai hari ini. 

Harap Maklum.

Mesyuarat Agung MRHP kali ke-33

Tarikh : 10 Mac 2019
Bertempat : Meru, Klang.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah
Dr Hjh Ruminah Bt Mohd Zain.

Ahli-ahli MRHP bergambar kenangan selepas majlis.

Anugerah Khidmat Setia-10 tahun-