HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Monday, June 21, 2010

Stress Menurut Homeopati.

Selari dengan peningkatan taraf hidup serta arus kemodenan hari ini, semakin ramai masyarakat yang terdedah kepada masalah mental atau tekanan jiwa. Walaubagaimanapun, mungkin masih ramai yang tidak menyedari mereka mula menghadapi masalah ini. Jika kita bercakap mengenai masalah mental ramai yang membayangkan GILA. tidak salah jika kita kaitkan tekanan jiwa dan gila tetapi adakah kita sedar tanda-tanda atau simptom-simptom awal masalah jiwa ini. gejala pertama ialah stress atau tekanan. terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan stress atau tekanan termasuklah :-
1) masalah kewangan
2) masalah keluarga
3) masalah di tempat kerja
4) konflik dalam rumahtangga
5) konflik antara rakan
6) masalah persekitaran kehidupan

Tekanan atau stress yang berpanjangan akan mendatangkan perubahan pada imbangan hormon-hormon dalam tubuh seperti pertambahan pengeluaran adrenalin, noradrenalin dan kortikosteroid atau dalam erti kata lainnya ia meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung, senak perut dan ketegangan otot-otot..Daripada masalah tersebut, akan timbul simptom awal yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya sakit kepala, gangguan tidur, keletihan, panik, sakit saraf, anxiety (keresahan), palpitation (berdebar),sawan, fobia (phobia), halusinasi,pelupa,emosi yang tidak stabil, kemurungan atau depresi serta gila.
Melalui kaedah homeopati, masalah-masalah ini mampu disembuhkan dengan cepat jika ia dikesan lebih awal. Homeopati mempunyai pelbagai jenis remedi untuk mengatasi serta menyebuhkan masalah berkaitan minda@ mental ini. Kaedah perubatan secara menyeluruh mampu merawat masalah hingga ke akarnya. Jika anda mempunyai tanda-tanda awal ini, segeralah mendapatkan rawatan kerana ia akan mencegah berlakunya kemelaratan.