HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Monday, October 18, 2010

TERAPI TANPA PEMBEDAHAN MELALUI HOMEOPATI DAN AKUPUNKTUR

Baik HOMEOPATI mahupun AKUPUNKTUR merupakan terapi yang dilaksanakan secara semulajadi atau natural. Kaedah Homeopati adalah merawat dan menyembuhkan melalui ubat-ubatan berasaskan konsep keseraksian. Manakala akupunktur merawat melalui kaedah tusukan jarum halus pada point tertentu pada tubuh untuk tujuan rangsangan saraf.

Lazimnya dalam kes-kes ketumbuhan, pembedahan adalah kaedah yang biasa untuk merawatnya. Namun begitu, Homeopati dan akupunktur mampu merawat ketumbuhan atau tumor tanpa pembedahan. ketumbuahan atau tumor seperti fibroid contohnya mampu dikecutkan dengan penggunaan ubat homeopati secara berterusan selama beberapa bulan.

Ketumbuhan samada besar atau kecil seperti sista(cycts) atau lump atau tumor pada mana-mana bahagian tubuh mampu dirawat dengan gabungan rawatan homeopati dan akaupunktur.

Antara ubat-ubat yang lazimnya digunakan ialah Thuja, Hydrastis, Conium, Phytolacca, Silicea, Calc Carb, Calc Flour, Kreosote dll.

Friday, July 16, 2010

HOMEOPATI DAN PSIKOLOGI

PRINSIP DAN KONSEP

Sejak 150 tahun yang lalu, Homeopati telah meletakkan emfesis khusus ke atas perawatan kemanusian terhadap masalah sakait mental. Konsep menilai individu secara keseluruhan(totality) hanyalah sebagai pengumpulan bahagian-bahagian anatomikal yang berkait rapat antara satu sama lain sentiasa memainkan peranan penting dalam perawatan Homeopati.
Apa yang paling penting ialah bagi seorang perawat adalah untuk memahami apakah itu penyakit mental. Maka untuk itu, seseorang itu harus memberi sepenuh penghayatan terhadap sikap dan sifat individu.

Mengikut pandangan Homeopati, pesakit yang mengalami masalah psikologikal hanyalah pesakit-pesakit yang mengalami tekanan emosional yang berlebihan. Secara tidak lansung, ia mungkin melahirkan ketidakupayaan fizikal, yang mana tidak memberi apa-apa kesan semasa dalam rawatan yang biasa oleh para konvensional.

Kaedah homeopati adalah untuk mencari penyelesaian dengan menilai keadaan itu dengan cara yang unik dan sistematik; dengan cara menggembelingkan imej konseptualnya dan memilih remedi yang bertepatan konstitusi dan simptomatologinya.

Dalam menanganinya, beberapa pengamal homeopati itu mempunyai beberapa perbezaan tertentu jika dibandingkan ndengan amalan konvensional yang berlandaskan konsep perawatan yang bertentangan dan berorientasikan pemendapan (suppression) simptom.

Secara kontrasnya, Homeopati menentang segala jenis pemendapan simptom-simptom yang hanya mendatangkan apa yang disebut sebagai kelegaan 'relief'. Pada hakikatnya ia boleh menghancurkan masa depan individu tersebut secara fizikal dan spiritualnya.

Jika seseorang pesakit yang mendapatkan rawatan homeopati itu cemas atau meraung kesakitan misalnya, remedi tertentu(yang mana dalam bentuk semulajadinya menimbulkan reaksi seraksi) akan diberikan kepadanya. Keupayaan remedi mengeluarkan simptom-simptom yang seraksi yang mana aksinya positif bagi pesakit berkenaan itulah yang menjadi dasar Homeopati, sama dengan sama itu menyembuhkan.

Pada asasnya simptom-simptom adalah penting kerana ia menunjukkan reaksi normal yang sihat terhadap tekanan dan ketegangan atau boleh diertikan sebagai tanda-tanda vitaliti yang sihat. Seandainya terdapat kelesuan yang teramat, terutamanya bagi golongan yang berumur, keadaan reaksi tersebut mungkin agak lambat. akibat keadaan yang serius mungkin berlaku tanpa sebarang bukti tanda penyakit, misalnya malignasi.

Pengambilan remedi homeopati berupaya membebaskan tenaga hayat yang terperangkap dalam tubuh itu agar kesegaran diri dapat dirasai dengan keunggulan vitaliti, bertenaga dengan sempurnanya.

Anxiety Disorder atau Cemas

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang rasa bimbang dan cemas terhadap sesuatu perkara. Pada mulanya mungkin ia adalah situasi yang normal namun adakah kita sedar bahawa masalah ini boleh menjadi semakin buruk jika ia tidak dikawal.

Cemas, gelisah atau bimbang atau dipanggil Anxiety merupakan perasaaan tidak senang atau distress tentang sesuatu seperti contoh kebimbangan atau keraguan tentang masa depan. Masalah anxiety atau kegelisahan berlaku oleh kerana perasaaan bimbang yang ekstrim tanpa sebarang sebab yang nyata. Sensasi aprehensi dan kebimbangan yang abnormal biasanya disertai simptom-simptom fizikal seperti ketegangan, tremor, berpeuh, palpitasi atau berdebar, kadar denyutan nadi meningkat, gangguan pada tidur dan selera makan.
Anxiety boleh dirasakan di bawah pelbagai situasi contohnya ketika bersendirian, sesudah makan atau minum, semasa bekerja dengan disertai aduan-aduan fizikal dan mental atau sebab-sebab kewangan dan perniagaan. Antara contoh situsi yang biasa berlaku adalah rasa cemas setiap kali berhadapan ingin bercakap dihadapan khalayak ramai atau darah gemuruh. Gelisah dan takut kehilangan orang tersayang atau pekerjaan. rasa cemas bila berada dalam tempat tertutup serta banyak lagi.
Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan depresi dan masalah psikosomatik yang lain. Fobia, hipoglisemia, ketagihan, hipertensi(darah tinggi), dan hiperventilasi juga boleh dikaitkan dengan masalah ini. Hiperventilasi dan alahan makanan boleh meningkatkan darjah kegelisahan.

Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom ini anda boleh mencuba untuk mendapatkan rawatan homeopati. Homeopati telah banyak membantu dalam mengatsi masalah ini..Antara remedi homeopati yang berkesan untuk masalah ini ialah Aconite, Argen nit, Ars Alb, Bell, Lyco, Puls, Kali Phos, Calc. Selain daripada itu, anda juga boleh mncuba terapi akupunktur untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif dan cepat.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat atau pertanyaan..

Wednesday, July 14, 2010

Delusi, Halusinasi dan Ilusi

Dilusi, halusinasi dan ilusi adalah tiga perkara yang berlainan..

Dilusi- khayalan; kepercayaan yang dipegang secara irrasional yang tidak dapat diubah dengan alasan rasional. Ia mungkin gejala skizofrenia, psikosis mania, depresif ataupun psikosis organik.

Halusinasi- Persepsi salah tentang sesuatu yang tidak wujud. Halusinasi mungkin dimulakan oleh penyakit psikologikal atau gangguan fizikal dalam otak atau mungkin disebabkan oleh ubat-ubat atau deprivasi sensori. Gangguan organ deria.

Ilusi- Salah amatan; persepsi yang salah akibat terjemahan rangsangan yang timbul daripada objek yang tidak tepat. Ilusi mungkin berlaku dalam semua sindrom psikiatrik terutama depresi.optical illusion ialah persepsi yang tidak sama dengan objek sebenar dalam dunia luar. Salah amatan optikal dihasilkan oleh sifat-sifat penyesatan rangsangan dan tidak dengan cara patologikal.

Remedi: Agar, absin, Arg-N, Bell, Cann-i,Cocc, Hyos, Ignatia, Lach, Phos-ac, Sabad, Stram, sulph.

Pemulihan Depresi-Kemurungan Melalui Prinsip Keseraksian

Mungkin ramai lagi yang tidak mengetahui keunikan perubatan homeopati. Salah satu daripadanya ialah merawat masalah yang berkaitan dengan mental. Dalam prinsip hoemopati, gangguan tubuh adalah disebabkan tenaga hayat atau vital force yang lemah. Vital force ini dicirikan sebagai kesimbangan pada mental atau minda dan fizikal.
Depresi adalah salah satu daripada ketidakseimbangan tenaga hayat terutama pada mental. Oleh itu melalui remedi homeopati yang tepat, ketidakseimbangan ini dapat dipulihkan.

Depresi mental (depression) atau kemurungan ialah keadaan yang dicirikan oleh kesedihan yang berpanjangan dan keterlaluan atau rasa kesunyian atau juga kehilanagan minat untuk menjalani aktiviti harian. Masalah ini lebih kerap terjadi dikalangan wanita berbanding lelaki. Tidak seperti kesedihan biasa, kemurungan(depresi) biasanya berlarutan hingga berminggu atau berbulan-bulan malah ada yang sehingga bertahun. Sesetengah daripada mereka yang mengalami masalah ini menghidapi depresi kronik, tahap depresi yang rendah dipanggil dysthymia. Sebahagian daripada mereka mungkin meghidapi penyakit bipolar(mania-depresif) - depresi yang bergantian dengan mania(kegembiraan atau aktiviti yang berlebihan)
Walaupun penyakit ini tidak membawa kepada kematian namun pesakit yang menhidapi masalah ini boleh mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
Simptom-simptom mungkin dapat dikesan selepas jangka masa tertentu. Bermula dengan perubahan nafsu makan dan berat badannya samada berkurangan atau bertambah. tidur yang berlebihan atau sukar tidur(insomnia). pergerakan dan pemikiran semakin lembab dan tidak bertenaga. Sukar untuk membuat keputusan. Apatetik. Hilang minat terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum ini diminati. Lumpuh nafsu seks. Divesiti simptom (simptom fizikal) antaranya sakit atau sengal tubuh.
Berbicara mengenai punca timbulnya masalah ini adalah kehilangan, kesunyian, kegagalan mengawal emosi, stress. punca lain termasuklah depresi post-natal, demam kelenjar atau infeksi viral, kesan akibat penagihan dadah atau alkohol. depresi meupakan tanda awal skizofrenia. Putus haid(menopause).

Antara remedi yang boleh digunakan ialah Aconite, Agnus Cac, Ars alb, Bryonia, Cadm-s, Calc-c, China Off, Con, Ignatia, Gels, Nit-ac, Nux-v, Phos, phos-ac, Puls, Sepia, Sulph, Zinc.
Bagi mereka yang mula mengalami stress yang berpanjangan atau mempunyai simptom depresi jangan malu untuk mendapatkan rawatan.

Tuesday, July 6, 2010

BEKAM & AKUPUNKTUR PERCUMA

PELAUANG KEEMASAN BAGI MEREKA YANG TINGGAL DI TERUTAMA SEKITAR NILAI, SEREMBAN, SENAWANG,NEGERI SEMBILAN ATAU MELAKA DAN DISEKITARNYA...

BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN YANG HAMPIR TIBA KAMI AKAN MENGADAKAN PROMOSI RAWATAN BEKAM DAN AKUPUNKTUR SECARA PERCUMA!!! PROMOSI AKAN DIADAKAN PADA HARI AHAD (11 JULAI 2010) DARI JAM 10 PAGI HINGGA 6.00 PETANG... JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAPATKAN TAWARAN HEBAT INI...

REBUT PELUANG KEEMASAN INI DISAMPING MENDETOKSIFIKASIA(BUANG TOKSIN) SERTA MENYEGARKAN TUBUH ANDA SEBAGAI PERSEDIAAN MENJALANI IBADAH PUASA...

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN 016-6641012.

Monday, June 21, 2010

Stress Menurut Homeopati.

Selari dengan peningkatan taraf hidup serta arus kemodenan hari ini, semakin ramai masyarakat yang terdedah kepada masalah mental atau tekanan jiwa. Walaubagaimanapun, mungkin masih ramai yang tidak menyedari mereka mula menghadapi masalah ini. Jika kita bercakap mengenai masalah mental ramai yang membayangkan GILA. tidak salah jika kita kaitkan tekanan jiwa dan gila tetapi adakah kita sedar tanda-tanda atau simptom-simptom awal masalah jiwa ini. gejala pertama ialah stress atau tekanan. terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan stress atau tekanan termasuklah :-
1) masalah kewangan
2) masalah keluarga
3) masalah di tempat kerja
4) konflik dalam rumahtangga
5) konflik antara rakan
6) masalah persekitaran kehidupan

Tekanan atau stress yang berpanjangan akan mendatangkan perubahan pada imbangan hormon-hormon dalam tubuh seperti pertambahan pengeluaran adrenalin, noradrenalin dan kortikosteroid atau dalam erti kata lainnya ia meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung, senak perut dan ketegangan otot-otot..Daripada masalah tersebut, akan timbul simptom awal yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya sakit kepala, gangguan tidur, keletihan, panik, sakit saraf, anxiety (keresahan), palpitation (berdebar),sawan, fobia (phobia), halusinasi,pelupa,emosi yang tidak stabil, kemurungan atau depresi serta gila.
Melalui kaedah homeopati, masalah-masalah ini mampu disembuhkan dengan cepat jika ia dikesan lebih awal. Homeopati mempunyai pelbagai jenis remedi untuk mengatasi serta menyebuhkan masalah berkaitan minda@ mental ini. Kaedah perubatan secara menyeluruh mampu merawat masalah hingga ke akarnya. Jika anda mempunyai tanda-tanda awal ini, segeralah mendapatkan rawatan kerana ia akan mencegah berlakunya kemelaratan.

Saturday, February 27, 2010

HOMEOPATHY UNTUK BAYI


Bayi adalah anugerah tuhan kepada kita dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi sifat semulajadi bagi bayi yang baru lahir itu cepat terdedah pada serangan penyakit kerana imun tubuh mereka masih lemah dan dalam peringkat membangun. Apabila bayi mendapat penyakit, maka pihak ibubapa haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mereka agar ianya tidak melarat menjadi lebih kronik.
Amat jarang dikalangan ibubapa untuk mengetahui bahawa selain dari perubatan biasa, sistem perubatan Homeopathy mempunyai rangkaian ubat yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi.
Homeopathy sebenarnya adalah satu sistem perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular dikalangan orang-orang bangsawan di negara barat. Ubat Homeopathy diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga lilly, bunga matahari, pokok Chamomille dan sebagainya.
Hampir 80% ubat-ubatan dalam kitab perubatan Homeopathy yang dikenali sebagai Materia Medica terdiri daripada bahan dari tumbuhan semulajadi. Hanya sebahagian kecil sahaja terdiri daripada bahan-bahan lain seperti mineral garam galian.
Tumbuh-tumbuhan berubat ini hendaklah diadun mengikut sukatan skala Homeopathy yang telah ditetapkan oleh British Homeopathic Pharmacopeia dan diluluskan oleh WHO. Ubat-ubat ini bila digunakan mengikut kaedah Homeopathy akan menjadi ubat yang paling mustajab bagi mengatasi penyakit-penyakit bayi dan kanak-kanak. Kerana adunannya yang halus dan lembut untuk membuang segala kesan toksik yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan tersebut.
Kegunaan untuk bayi yang baru lahir amatlah sesuai kerana ubat-ubat ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan atau ketagihan, kerana ubat-ubat Homeopathy tidak mengandungi sebarang unsur dadah atau racun. Didalam ubat Homeopathy hanya mempunyai ekstrak ubat yang hanya mempunyai nilai untuk menyembuhkan.
Penyakit-penyakit bayi seperti jaundis, demam, batuk, selsema, kembung perut atau angin memang menunjukkan kesan yang amat positif dengan ubat Homeopathy. Sebenarnya ubat Homeopathy untuk bayi dan kanak-kanak merangkumi lebih dari 100 jenis ubat-ubatan yang lembut dan sesuai digunakan untuk mengatasi masalah bayi, baik dari demam biasa, cirit-birit, cacing, sakit perut, melecet kulit, kecergasan minda untuk bayi, cepat berjalan, penyakit kulit dan sebagainya.
Oleh itu, jika didapati ada bayi atau kanak-kanak anda yang mempunyai masalah kesihatan, anda boleh mencuba rawatan Homeopathy dengan menghubungi mana-mana pusat Homeopathy yang berdekatan tempat anda.