HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Thursday, May 25, 2017

SALAM RAMADHAN 1438/2017

SALAM RAMADHAN

diucapkan buat semua yang beragama islam dari kami di
 NUR HOUSE OF WELLNESS.

Mohon Maaf jika ada salah dan silap tutur kata mahupun perbuatan. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah yang kurang adalah kerana kami hambanya yang lemah.




SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!

Saturday, May 20, 2017

10 FAQ mengenai AKUPUNKTUR

1)Apa itu Akupunktur?
Akupunktur merupakah kaedah tusukan jarum pada titik-titik tertentu pada tubuh. Terdapat lebih 365 titik kesemuanya pada tubuh badan. Titik-titik ini akan dipilih berdasarkan masalah yang di hadapi.

2)Adakah Jarum Akupunktur menyakitkan?
Tidak, jarum akupunktur amat halus. jika ada rasa sakit, hanya seperti gigitan semut sahaja.

3)Adakah tusukan jarum akupunktur menyebabkan pendarahan?
tidak, tusukan jarum ke kulit tidak menyebabkan luka atau berdarah. 



4)Adakah akupunktur membatalkan puasa?
Tidak, Akupunktur boleh dilakukan bagi mereka yang berpuasa dan tidak membatalkan puasa.

5)Berapa lama proses akupunktur dialkukan?
30-45 minit.

6) Apa kesan-kesan yang boleh dirasai semasa/selepas melakukan akupunktur.
Semasa melakukan akupunktur, sesetengah pesakit boleh merasai rasa kebas, berat, berdenyut atau gatal di tempat tusukan jarum. 
Selepas akupunktur, terdapat pesakit yang akan mengalami rasa mengantuk, penat, lenguh, atau sakit yang dialami menjadi semakin kuat. ini dinamakan tindak balas akupunktur. Tindak balas ini biasanya tidak berpanjangan. 

7) Apakah kesan sampingan akupunktur?
Pendarahan kecil atau lebam boleh berlaku kepada 3% dari jumlah rawatan akupunktur yang dijalankan. Ini boleh dikurangkan jika pesakit tidak melakukan banyak pergerakan semasa proses akupunktur.
kesakitan semasa tusukan jarum.
untuk mengurangkan kesan sampingan dan risiko bolehla mendapatkan rawatan daripada perawat yang bertauliah.

8) Apakah kebaikan akupunktur?
Akupunktur amat baik untuk masalah kesakitan dan urat saraf. Akupunktur mengurangkan kesakitan tanpa mengunakan ubat.

9) Adakah jarum Akupunktur di guna semula?
Tidak, kami menggunakan jaum pakai buang (disposeable needle)

10) Berapa banyak jarum yang di cucuk pada badan.
Jumalah jarum berbeza mengikut masalah masing-masing. Namun secara purata 5-13 batang jarum dilatakkan pada satu-satu masa.




Thursday, May 11, 2017

Kolestrol

Apa itu Kolestrol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:
Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.
Apa pentingnya menjaga diet kolestrol?
  • Untuk mencapai dan mengekalkan paras kolesterol dalam julat normal.
  • Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung
Terapi diet dapat menurunkan jumlah kolesterol sebanyak 10-15%.
Makan Secara Sihat
  • Kurangkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 2 biji seminggu.
  • Mengurangkan makanan yang dibuat daripada kuning telur seperti kek dan biskut krim.
  • Kurangkan pengambilan organ dalaman dalam pemakanan seperti hati, limpa
  • Elakkan bahagian kepala atau telur pada makanan laut seperti ikan (kari kepala ikan), udang dan ketam
  • Amalkan pengambilan serat melalui hidangan buah-buhan, sayur-sayuran dan bijiran penuh.
  • Pengambilan serat larut air mampu menurunkan paras kolestrol LDL.

Masak secara Sihat.

  • Memilih cara memasak yang sihat iaitu kukus,rebus, panggang dan bakar.
  • Buang lemak dan kulit sebelum masak ayam atau daging
  • Kurangkan minyak dalam masakan
  • Meningkatkan pengambilan asid lemak omega 3 seperti ikan (salmon,kod,tuna, herring dan jelawat),walnut,minyak flaxseed dan sayur-sayuran hijau.
  • Guna minyak campuran (blended oil) semasa memasak.