HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Tuesday, November 1, 2022

BELL'S PALSY atau muka senget ??

"Bangun pagi dan mendapati kelainan pada bahagian muka atau muka senget..." tapi bukan strok...





  

Apakah Bell's Palsy ?

Bell's Palsy merupakan satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau tidak berfungsi. Ini berlaku disebabkan oleh saraf motor yang mengawal otot-otot muka menjadi rosak. Kerosakan saraf ini biasanya berlaku disebabkan oleh keradangan atau jangkitan virus. 

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Tanda-tanda Bell's Palsy.

  • Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
  • Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
  • Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
  • Anda tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
  • Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
  • Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
  • Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
  • Deria rasa juga akan terjejas.

Kaedah perawatan Bell's Palsy

Gejala biasanya reda tanpa rawatan dalam masa dua minggu, tetapi boleh bertahan sehingga enam bulan. Dalam kira-kira 50 peratus daripada semua kes, pesakit pulih dengan cepat; 35 peratus lagi pesakit pulih dalam tempoh setahun. Pemulihan perlahan menunjukkan fakta bahawa saraf muka menjana semula pada kadar 1-2 milimeter sehari.

  • Senaman muka Bell’s Palsy

Latihan akan membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali sehari di depan cermin atau mengikut nasihat fisioterapi anda. Cermin itu juga akan membantu anda mengelakkan otot muka yang tidak lemah menguasai sebelah otot muka yang lemah. Senaman muka yang dilakukan untuk melatih otot supaya informasi diberikan kepada otot-otot muka untuk bergerak. Ini akan membantu anda beralih kembali menggunakan otot muka anda dan pulih daripada Bell’s Palsy.

Senaman muka untuk Bell’s Palsy melibatkan beberapa otot muka yang berlainan.

  • Akupuntur
Antara titik yang biasa digunakan adalah seperti tinghui (GB2), Tinggong (SI19), Ermen (SJ21), Zanzhu (UB2), Yingxiang (LI20), Taying (ST5) dll.

  • Homeopati 
Terdapat ubat-ubat homeopati yang mampu membantu kepada pemulihan sara-saraf otot muka antaranya seperti Causticum, Acon, Bell, Gels, Glon, Mez, Nat Mur, Rhust, Staph, Sil, Sep, Arn, Hep dll





Rujukan : Facebook/KementerianKesihatanMalaysia
http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-untuk-bells-palsy/
Clinical acupuncture & Moxabution oleh Nik Omar & Nik Fairuz
Homeopathic Therapeutic oleh Samuel Lilienthal