Skip to main content

AKUPUNKTUR RAHSIA KECANTIKAN WANITA MASA KINI.

Mempunyai wajah yang cantik dan kulit yang licin merupakan dambaan setiap wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan cantik walaupun mahal dan berisiko namun demi kelihatan cantik mereka sanggup melakukannya. Ubat-ubatan, supplement, suntikan vitamin, suntikan botox hinggalah pembedahan boleh menelan belanja tinggi selain risiko yang perlu diambil kira kerana terdapat pelbagai produk-produk dan perawat palsu.

Akupunktur yang kita tahu digunakan untuk tujuan pemulihan masalah berkaitan kesihatan serta masalah berkaitan saraf.
Kini Akupunktur digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Kaedah ini dinamakan KOSMETIK AKUPUNKTUR. Kaedah ini menjadi satu alternatif kepada mereka yang ingin kelihatan cantik dan anggun secara natural tanpa kesan sampingan.


BAGAIMANA AKUPUNKTUR BERFUNGSI?

Tusukan jarum-jarum halus pada kawasan muka akan merangsang aliran darah dan oksigen di bahagian kulit muka. Cara ini akan menguatkan otot-otot muka seterusnya memperbaiki sel-sel kulit muka. Ini dapat melambatkan proses penuaan dan menghilangkan kedutan.

Jarum-jarum ini biasanya ditusuk di sekitar mata, kening, hidung, mulut,pipi dan di tepi telinga. Akupunktur membantu mengurangkan serta memulihkan masalah jerawat, pigmentasi dan kulit kusam.


BERAPA KALI TERAPI DIJALANKAN?

Biasanya kesan akupunktur bergantung kepada individu itu sendiri. Secara purata, 8-10 kali terapi (6 minggu) akan menampakkan hasil yang memuaskan. Setiap terapi mengambil masa 30-40 minit.


BERAPAKAH KOS UNTUK KOSMETIK AKUPUNKTUR?

Harga kos untuk kosmetik akupunktur adalah berpatutan. Di NUR HOUSE OF WELLNESS setiap sesi berharga RM 55.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hubungi kami untukmaklumat lanjut / temujanji ; 019-2185300 (Shafiqa)





Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...