Skip to main content

PERKEMBANGAN HOMEOPATI DUNIA

Mungkin ramai di kalangan masyarakat Malaysia masih keliru tentang sistem perubatan Homeopati. Ada yang beranggapan bahawa ia adalah perubatan tradisional (herba) dan tidak kurang kurang pula beranggapan ia adalah perubatan India.

Bagi mereka yang berpeluang melawat atau menuntut di negara-negara Barat, perubatan Homeopati bukanlah sesuatu perkara yang asing kerana hampir disemua farmasi ada menjual ubat-ubat ini.

Malah di sesetengah negara, terdapat hospital-hospital Homeopati yang lebih canggih dari hospital biasa contohnya di England, Perancis, Jerman, India, Pakistan dan lain-lain lagi.

ASAL USUL HOMEOPATI

Homeopati diasaskan oleh seorang ahli perubatan Jerman yang bernama SAMUEL HAHNEMANN. Atas rasa tidak puas hati dengan sistem perubatan sedia ada pada ketika itu yang dianggap tidak rasional, beliau telah berusaha membuat penyelidikan untuk memperbahrui beberapa teknik perubatan dengan cara yang lebih rasional dan baik.


    Setelah beberapa tahun membuat kajian dan penyelidikan, akhirnya pada tahun1810, Samuel Hahnemann telah menulis dengan panjang lebar akan penemuannya dalam bidang perubatan dalam sebuah jurnal perubatan di Jerman yang dinamakan HOMEOPATI.
 

GARIS PANDUAN HOMEOPATI

     Pada waktu itu, pengalaman perubatan di Jerman masih kucar kacir dan tidak menentu, masih lagi bercampur aduk dengan dunia mistik dan ilmu sihir. Samuel Hahnemann berusaha membuat pembaharuan dalam perubatan dengan memisahkan ilmu mistik dengan ilmu perubatan dan beliau menggariskan beberapa panduan untuk diikuti oleh doktor-doktor perubatan yang sebelum ini tidak dilakukan oleh mana-mana pihak.
      Garis panduan ini di jadikan sebuah naskah yang dinamkan ORGANON OF RATIONAL MEDICINE. Buku ini menjelaskan kod etika yang harus diikuti oleh semu ahli perubatan merangkumi cara-cara pengamalan, kaedah perubatan, pakaian, sikap,cara pemakanan, cara menjaga kesihatan pesakit, tempoh rawatan, penjagaan kebersihan, dll.
    Sebuah lagi buku dengan judul MATERIA MEDICA PURA yang terdiri daripada 2 jilid menerangkan cara pemilihan yang serasi tanpa mendatangkan kesan sampingan.
    Dalam rawatan untuk penyakit kronik atau idapan lama, Samuel Hahnemann melalui buku 'CHRONIC MIASM' telah memberi garis panduan jelas tentang ubat-uabtan yang harus digunakan dan sukatan yang betul dalam usaha untuk membantu memulihkan kesihatan pesakit-pesakit kronik. Pada ketika itu, pesakit-pesakit kronik hanya dibiarkan menunggu kematian kerana gagal disembuhkan.




Selain itu banyak lagi buku-buku yang diterbitkan oleh beliau tentang cara pengalaman perubatan baru yang dinamakan HOMEOPATI.

CABARAN DALAM MEMPERKENALKAN HOMEOPATI

Namun dalam usaha memperkenalkan Homeopati di dunia, penentangan yang terjadi akibat rasa terancam oleh ahli-ahli perubatan sedia ada sehingga memaksa Samuel HAhnemann untuk keluar dari Jerman dan menetap di Perancis.
     Semasa di PErancis berlaku bantahan hebat yang menuntut kerajaan pada masa itu untuk mengharamkan Homeopati di bumi Pernacis. Namun ia dihalang oelh pemerintahan Perancis sehinggalah perubatan ini berkembang maju di bumi Perancis hingga sekarang.
       Perkara yang sama berlaku di USA, Italy, Belgium, Swiss dll. Tetapi pada tahun 1960, pertubuhan kesihatan dunia (WHO) telah meluluskan revolusi supaya semua kerajaan di dunia mengiktiraf perubatan pribumi atau alternatif di negara masing-masing.Sesuai dengan misi WHO iaitu 'Health For All By Year 2000'.

Atas segala usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Homeopati, sistem perubatan ini terus berkembang sehinggalah ke Malaysia.




rujukan : Keadah Perawatan dan Perubatan Homeopati & Komplementari oleh Dr Nik Omar.

Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...