HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Friday, November 1, 2019

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan Darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Terdapat 2 jenis bacaan tekanan darah iaitu :
  • Bacaan Atas atau Sistolik(systolic). Bacaan ini menunjukkan tekanan ke pembuluh arteri akibat tekanan jantung.
  • Bacaan Bawah atau Diastolik(diastolic). Bacaan ini menunjukkan tekanan semasa jantung berehat diantara pengepaman jantung.
TEKANAN DARAH TINGGI.

Tekanan darah tinggi merupakan satu keadaan di mana kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk jangkamasa yang lama.
KAdar tekanan darah yang optima ialah 130/80 mmHg.

Gejala Tekanan Darah Tinggi.

  • Sakit Kepala
  • Loya
  • Hidung berdarah
  • sesak Nafas
  • Berdebar-debar (degupan jantung tidak normal)
Namun, kebiasaannya masalah tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda. Anda mungkin mengalami masalah tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat.

Pemeriksaan secara berkala adalah penting kerana hanya dengan cara ini kita dapat mengetahui adakah kita mengalami tekanan darah tinggi.

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi.

  • Serangan Jantung
  • Angin Ahmar
  • Kegagalan Jantung
  • Kerosakan Buah Pinggang.
Amalan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, makan secara sihat, tidak merokok, elakkan pengambilan alkohol, mengekalkan berat badan normal dan rehat yang cukup dapat mengawal tekanan darah yang baik. Selain itu juga menjalankan pemeriksaan tekanan darah secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap jika anda mempunyai risiko terhadap darah tinggi.