HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Friday, November 25, 2016

HOMEOPATI DAN AKUPUNKTUR, ALTERNATIF UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN












Mempunyai zuriat merupakan impian bagi semua pasangan yang berkahwin. Namun hari ini, masalah kesuburan yang makin meningkat menyukarkan kehamilan berlaku. Kesuburan boleh ditakrifkan sebagai ketidakupayaan pasangan samada suami atau isteri untuk mempunyai zuriat setahun atau lebih setelah mencuba.

Punca Punca Kurang Subur

Diantara faktor yang menyebabkan masalah kesuburan bagi pihak wanita ialah menghadapi pelbagai jenis penyakit seperti senggugut, keputihan, fibroid pada mana- mana bahagian seperti ovari, tiub fallopio atau di rahim.Tension, stress atau tekanan-tekanan lain. Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan dan sebagainya.

Terdapat juga masalah dimana wanita yang mengandung tetapi mengalami masalah keguguran, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) , molar pregnancy. Ini juga merupakan masalah yang perlu diambil berat dan diberi penekanan kerana boleh mengakibatkan lambat hamil.

Sementara dipihak lelaki pula mungkin kurang subur, kurang air mani atau sperma, hayat sperma rendah, langsung tiada benih (azoospermia), tidak ada ketegangan, pancutan air mani terlampau awal atau 'premature ejaculation' dan yang paling serius ialah mati pucuk atau impoten.

Rawatan Allopathy Untuk Kesuburan


Hospital- hospital kerajaan dan pusat- pusat pakar yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini mempunyai pelbagai cara untuk mengatasi maslah- masalah ini seperti rawatan hormon, IUI, IVF/ICSI dan sebagainya.Rawatan hormon merupakan permulaan kepada rawatan kesuburan di hospital-hospital. IUI ialah kaedah permanian beradas dimana sperma suami akan disuntik ke dalam rahim isteri melalui tiub halus (kateter). IVF pula ialah kaedah Bayi Tabung Uji dimana benih suami akan dicantumkan dengan ovum isteri didalam suatu bekas dan kemudiannya dimasukkan ke dalam rahim isteri setelah percantuman berlaku. Ini antara cara-cara rawatan kesuburan yang boleh dilakukan di hospital-hospital atau klinik fertiliti.

Kaedah Homeopati

Homeopati mempunyai kaedahnya tersendiri dalam mengendalikan kes kesuburan dengan mengambil kira fakta serta latar belakang dan sejarah medikal pasangan suami isteri. Penyelidikan dibuat dari peringkat awal terutamanya untuk mengetahui apakah masalah- masalah yang mungkin menyebabkan terjadinya kes- kes seperti ini, umpamanya apakah pasangan itu pernah mengalami penyakit atau idapan- idapan lama seperti beguk atau mumps, chicken pox atau cacar air, asma, darah tinggi, penyakit kelamin (VD) dan lain-lain lagi.

Penekanan utama ialah cuba mencari punca penyakit dan memberi beberapa rangkaian ubat yang paling serasi pada isteri dan juga suami. Pemberian ubat- ubatan adalah 100% bahan- bahan asli yang diimport terus dair negara Germany dan England.
Kaunseling juga diberikan dan serta nasihat bagaiman untuk menentukan hari yang paling subur, menekankan kaedah hubungan suami-isteri secara betul dan menjaga kebersihan diri sebelum bersama.

Kaedah  menggunakan Homeopathy ini tidak melibatkan apa- apa jenis pembedahan atau lain cara barat, tetapi kami menggunakan kaedah pendekatan secara semulajadi atau tabie.

Homeopati menggunakan remedi-remedi semulajadi antaranya ialah Platina, Sepia, Arnica Montana, Thuja Officianalis, Rhus Tox, Chamomilla, Calendula, Gelsemium, Phytoolacca dll. Ini antara ubat untuk wanita dan bagi lelaki pula, Selen, Yohim..., Turnera, Phos, acidum, Aconitum, Ginseng dll

Kaedah Terapi Akupunktur

Terapi akupunktur sebenarnya telah lama digunakan dalam merawat kes- kes kesuburan ini. Akan tetapi hanya pada baru baru ini sahaja ianya menjadi semakin popular di Malaysia ini dimana ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai kaum.

Sistem perubatan yang berasal dari negara China ini boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh pasangan suami isteri yang menginginkan cahayamata dengan menggunakan teknik tusukan jarum- jarum akupunktur dibahagian tertentu badan bagi mengimbangi aliran tenaga 'qi' pada seseorang pesakit dan sekaligus menyelesaikan masalah yanng dihidapi.

Teori 'yin' dan 'yang' dalam perubatan China digunakan dalam menyelesaikan masalah yang dihidapi oleh pesakit-pesakit yang menjalankan rawatan akupunktur ini.

Adalah melalui beberapa penyelidikan yang dijalankan semenjak awal tahun 90an, didapati bahawa kaedah terapi Akupunktur ini adalah begitu sesuai sekali untuk disatukan dengan terapi Homeopathy, dimana peratusan kejayaan dalam menyembuhkan penyakit meningkat hingga 70% apabila kedua-dua terapi ini digabungkan terutamanya dalam merawat kes- kes kesuburan dan lain-lain penyakit lagi.

Untuk pengetahuan umum, Akupunktur telah menjadi perubatan tradisional & komplementari bagi mereka yang ingin menjalankan prosedur IUI atau IVF, Sebelum menjalankan prosedur ini, mereka digalakkan mendapatkan rawatan akupunktur untuk meningkatkan keberkesanannya. Akupunktur mampu menguatkan sistem peranakan dan melancarkan peredaran darah.

Tempoh Dan Kos 

Teknik yang digunakan sekarang ini memakan masa diantara 6 hingga 12 bulan untuk melihat hasilnya. Namun diharapkan penemuan teknik- teknik yang baru dalam tempoh masa akan datang akan mempercepatkan lagi proses kehamilan.

Kebiasaannya kos untuk terapi kesuburan ini dipusat- pusat pakar kini boleh mencecah ribuan malahan puluhan ribuan ringgit untuk satu sesi. Ini mungkin akan membebankan jika pasangan itu berpendapatan rendah. Namun begitu kos yang dikenakan oleh pusat perubatan kami berpatutan dan tidak akan membebankan pengguna dan mampu dibiayai walaupun oleh mereka yang berpendapatan rendah.


Homeopati merupakan salah satu Alternatif buat anda di luar sana yang sedang mencari kaedah yang selamat untuk kesuburan. Kehamilan bukanlah hak doktor@perawat, banyak faktor yang mendorong masalah ini terjadi namun ikhtiar itu perlu. Dengan usaha dan doa insya Allah mudah-mudahan penantian anda akan berakhir.

Hubungi kami 019-2185300 ( H/dr Shafiqa) atau terus ke pusat rawatan kami.

WAKTU OPERASI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


UNTUK MAKLUMAN SEMUA, WAKTU OPERASI SEPANJANG NOVEMBER DAN DISEMBER 2016 ADALAH SEPERTI BERIKUT;

SELASA-SABTU           : 10 PG - 6 PTG
AHAD & CUTI UMUM : 10 PG - 1 PTG
ISNIN                              : TUTUP


Bagi penduduk disekitar Seremban, Nilai, Pajam, Mantin, Sepang, Senawang, Port Dickson, Seremban2,Pedas, Ampangan, Paroi, Kuala Pilah, Jelebu, Melaka, dan kawasan berhampiran bolehlah mendapatkan rawatan homeopati, akupunktur dan bekam di pusat rawatan kami.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi no tel : 019-2185300 (H/dr Shafiqa)

Thursday, November 24, 2016

ALAMAT DAN NO TEL

Hubungi Kami di :-


Alamat 

NUR HOUSE OF WELLNESS
NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4,
PUSAT BANDAR SENAWANG,
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN

NO TEL : 06-6787812 (CALL) 
HOTLINE : 016-6641012 (WHATSAPP)



WAKTU OPERASI :


SELASA - SABTU : 10 PAGI - 6 PETANG
AHAD                     : 10 PAGI - 1 PETANG
CUTI UMUM          : 10 PAGI - 1 PETANG
(waktu operasi semasa cuti umum adalah tertakluk pada perubahan semasa)

ISNIN                       : TUTUP




FB PAGE : https://web.facebook.com/nurwellnesshouse/

EMEL : nurhouseofwellness@gmail.com




NUR HOUSE OF WELLNESS ( HOMEOPATHY AKUPUNKTUR SHAZI)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Mulai OKTOBER 2016 Homeopati Akupunktur Shazi telah memulakan operasi dengan nama baru NUR HOUSE OF WELLNESS.


Kami Juga telah berpindah ke tempat baru di alamat berikut

NUR HOUSE OF WELLNESS
NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG, TAIPAN 2
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN


LOKASI KAMI BERHAMPIRAN DENGAN MR STEAK HOUSE, KEDAI BUKU SINARAN.

HUBUNGI NO TEL 019-2185300