HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Friday, August 9, 2019

SALAM AIDILADHA 2019

Selamat Menyambut Aidiladha buat semua umat islam dan khususnya pelanggan Nur House Of Wellness.

Untuk makluman kami akan bercuti pada Ahad (11/08/19) hingga Rabu (14/08/19).

Nur House Of Wellness akan dibuka seperti biasa pada Khamis (15/08/19).

Sekian, Harap Maklum.

Hubungi Kami utnutk sebarang pertanyaan 016-6641012

Thursday, August 8, 2019

Keunikan Akupunktur Dalam Perawatan.

Perubatan Akupunktur terkenal di sebagai perubatan China. Malah di Malaysia akupunktur masih diamalkan denganluas oleh kaum Cina. 
     Tetapi hari ini akupunktur bukan hanya diamalkan oleh masyarakat Cina namun telah meluas ke seluruh dunia. Di Malaysia ia turut di amalkan oleh kaum Melayu dan India. Kaedah perubatan ini telah dimajukan dan dikembangkan kepada masyarakat melayu khususnya. Walaupun pada awalnya masih ramai yang meragui tentang kaedah rawatan ini, namun pada hari ini, telah ramai yang mencuba dan mendapat kebaikan daripada Akupunktur. 

      Perubatan Akupunktur sebenar amat berkesan untuk merawat kes-kes melibatkan urat saraf, masalah otot, mengurangkan kesakitan serta mengurangkan kesakitan tanpa ubat (pain relief without drugs). Mengikut pendapat Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah terbukti keberkesanannya dirawat melalui akupunktur :

  • Resdung/ Sinusitis
  • Selsema / Rhinitis 
  • Selsema
  • tonsilitis
  • Batuk/ bronkitis 
  • spasm pada esofagus
  • Tersedu / hiccup
  • Gastroptosis
  • Colitis /duodenal Ulcer
  • sembelit/cirit-birit
  • Lumpuh Usus
  • Sakit Gigi
  • Sakit Gusi
  • Sakit Kepala / migrain
  • Bells; Palsy / Lumpuh Muka
  • Vertigo / Meniere's Disease
  • Frozen Shoulder
  • Sakit Pinggang / lumbago
  • Sakit Sendi
Kaedah perubatan tradisional China klasik ini begitu unik dan amat sukar difahami oleh orang awam. Dengan hampir ribuan titik-titik akupunktur di seluruh tubuh badan, amat sukar bagi seseorang untuk memahami bagaimana akupunktr ini mampu memberi peyembuhan kepada pesakit. 
Banyak kajian dilakukan di BArat untuk memahami bagaimana tusukan jarum-jarum halus ini bertindakbalas kepada badan manusia. Hasil kajian selidik mereka mendapati aliran tenaga (qi) dapat dikeluarkan setiap kali jarum ini ditusuk ke titik-titik tertentu yang mempunyai nilai perubatan. Semua aliran ini dikeluarkan dan dikawal oleh hormon endorphin dan monoamine pada bahagian otak. Hormon-hormon ini terlibat mengawal sistem saraf dan menghilangkan kesakitan seterusnya bertindak menggerakkan daya tahan bada untuk melawan penyakit.





sumber rujukan : KAedah Perawatan Perubatan Homeopathy & Komplementari, Prof Dr NIk Omar 2006.