Skip to main content

BEKAM @ CUPPING @ HIJAMAH

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. Tukang bekam dipanggil pembekam atau hajim. Istilah pembekam adalah homonim yang membawa maksud: orang yang melakukan kerja membekam; atau alat untuk membekam. Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.

    Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.




JENIS-JENIS BEKAM

1) BEKAM KERING

Bekam kering atau juga dikenali sebagai bekam angin merupakan salah satu teknik berbekam tanpa mengeluarkan darah dari tubuh. Dilakukan menggunakan mangkuk yang diperbuat daripada plastik. Ia biasanya dilakukan untuk mengurangkan ketegangan badan menghilangkan sengal-sengal otot. Kaedah ini meninggalkan lebam-lebam dan kesan merah pada kulit.

(Gambar ihsan google image)


2) BEKAM API

Bekam api juga merupakan salah satu teknik mengeluarkan angin daripada tubuh dengan menggunakan mangkuk yang diperbuat daripada kaca atau buluh. Perlu menggunakan nyalaan api untuk menghasilkan gas didalam mangkuk kaca atau buluh untuk melekapkan mangkuk pada tubuh. Kaedah ini memberikan lekapan yang lebih kuat daripada mangkuk plastik. Namun kaedah ini perlu dilakukan oleh perawat yang berpengalaman kerana boleh mengakibatkan kulit melecet.


(Gambar ihsan google image)


3) BEKAM BASAH

Bekam basah atau dikenali juga dengan bekam darah merupakan kaedah mengeluarkan darah kotor daripada tubuh. Kaedah bekam darah merupakan cara paling efektif untuk menhilangkan kelesuan badan, sakit-sakit otot, jerawat, resdung dll. Kaedah ini dilakukan dengan melukakan sedikit lapisan kulit dengan menggunakan pisau cukur atau atau jarum lancet. Bekam ini meninggalkan kesan lebam dan sedikit rasa nyeri. 
Bekam darah juga mampu memberikan kesan 'preventive' terhadap penyakit. 

 Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)

4) BEKAM LINTAH

Bekam lintah merupakan salah satu bekam mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan lintah. Lintah dibiarkan untuk menghisap darah pada titik-titik tertentu pada badan. Oleh kerana banyak risiko menggunakan teknik ini Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

5) BEKAM LUNCUR

Kaedah ini merupakan satu teknik urutan pada badan dengan menggunakan mangkuk bekam. Teknik bekam angin digunakan dan kemudian mangkuk digerakkan ke kiri dan kanan serta atas dan bawah badan. teknik ini memberikan kesegaran tubuh dengan melancarkan peredaran darah.

gambar sekadar hiasan.

KEBAIKAN BEKAM

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu melancarkan perjalanan darah.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mengurangkan rasa kebas kaki
  • Membantu dalam pemulihan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik
  • Membantu menghilangkan jerawat dan meningkatkan seri wajah.

KESAN SAMPINGAN BEKAM


Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.

Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor anda. Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...