HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Friday, October 20, 2023

Notis Perubahan Harga Bermula 1 Oktober 2023


 

Bekam

 Definisi Bekam.

Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Berbekam ialah mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah/menoreh sedikit pada badan seseorang dan mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah ditoreh/dibedah itu.

Secara umumnya terdapat 2 jenis bekam :

1) Bekam kering/bekam angin

  • Bekam Angin
  • Bekam Luncur
  • Bekam tarik
  • Bekam Herba

2) Bekam basah (bekam darah)




Bekam dipercayai dapat membantu :

  • Mengeluarkan bahan toksin dan cecair berlebihan
  • Melonggarkan tisu-tisu yang telah melekat
  • Mengangkat tisu perantara (connective tissue)
  • Meningkatkan pengaliran darah dalam otot fascia.
  • Merangsang saraf periferi
Indikasi Bekam kering dan basah.

Bekam boleh dilakukan sebagai rawatan untuk beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem otot kerangka, serta sebagai amalan penjagaan dan untuk meningkatkan tahap kesihatan secara umumnya. Ia boleh digunakan untuk masalah-masalah kesihatan seperti berikut :-

  • Untuk mengurangkan kesakitan akut dan kronik.
  • Keadaan inflmasi 
  • Untuk ketenangan mental dan fizikal
  • Sebagai suatu cara urut tisu dalaman
  • Untuk kesakitan ketika haid, masalah tidak datang haid dan kitaran haid tidak tetap.
  • Penyakit berkaitan sistem penghadaman seperti gastritis dan ketidakhadaman.
  • Penyakit paru-paru seperti batuk kronik.
  • Untuk merawat insomnia
  • Dalam kes lumpuh

Kesan Sampingan dan Komplikasi bekam.

  • Rasa tidak selesa pada tempat aplikasi bekam
  • Pening atau pitam
  • Pendarahan berlebihan
  • Kurang darah (anemia)
  • Melecuh (sekiranya menggunakan api untuk memanaskan udara dalam cawan bekam)
  • Jangkitan kuman pada tempat ditoreh.
  • Kesan yang ketara pada tempat bekam.
Pengamal perlu berhati-hati ketika menjalankan proses bekam kepada pelanggan dan sentiasa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.



*rujukan : Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional & Komplementari : Bekam