HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Saturday, December 24, 2016

SAKIT KEPALA - BAGAIMANA AKUPUNKTUR MEMBANTU???

KENALI SAKIT KEPALA

Hampir semua orang pernah merasai sakit kepala samada kesakitan yang kuat(severe) atau sedikit(mild). Biasanya jika berlakunya masalah ini kita akan mengambil pil tahan sakit. Namun bagi mereka yang telah mengalami masalah ini dengan kerap,ia amat mengganggu aktiviti harian. Sakit kepala boleh bertambah teruk jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan. 

Terdapat pelbagai jenis dan gejala sakit kepala antaranya :

  •  SINUS
Sakit di bahagian dahi berhampiran mata atau di bahagian tulang pipi.

  • TENSION 
Rasa di tekan sekitar dahi hingga belakang kepala seperti (squeezing).
  • CLUSTER

Sakit di sekitar dan dalam mata.
  •  MIGRAIN 

Sakit berdenyut biasanya di sebelah bahagian kepala disertai rasa mual, sensitif terhadap bunyi atau cahaya dan muntah.



Kaedah terapi untuk mengatasi Sakit Kepala:

i. BEKAM
Bekam darah biasanya dilakukan jika kepala terasa berat dan mengikut kesesuaian. Bekam dilakukan pada bahagian kepala dan sekitar bahu. Kepala akan terasa ringan selepas berbekam.

ii. AKUPUNKTUR
Kaedah Akupunktur pula biasanya dilakukan sekitar 8-10 kali bagi penghidap sakit kepala yang kronik.

iii. HOMEOPATI
Ubat-ubat homeopati akan di berikan jika dirasakan perlu. Ubat ini akan memberikan kesembuhan sepenuhnya. Insya Allah~

Sebelum memulakan apa-apa terapi, pesakit akan dikonsultasi terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan dan terapi yang bersesuaian untuk dilakukan. 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut : 019-2185300 (H/dr Shafiqa)


Wednesday, December 14, 2016

Bell Palsy - Kelumpuhan Muka : Pemulihan dengan Akupunktur dan Homeopati.

Apa itu Bell Palsy?

Bell Palsy adalah suatu keadaan yang menyebabkan kelemahan sementara atau kelumpuhan otot-otot di muka. Ia boleh berlaku apabila saraf yang mengawal otot muka anda menjadi radang, bengkak, atau dimampatkan (compressed)
Keadaan ini menyebabkan satu bahagian muka anda terasa berat atau menjadi senget. Anda mungkin menghadapi kesukaran tersenyum atau menutup mata anda pada sebelah terjejas.Dalam kebanyakan kes, Bell palsy adalah sementara dan gejala biasanya hilang selepas beberapa minggu.
Walaupun Bell palsy boleh berlaku pada sebarang usia, keadaan adalah lebih biasa di kalangan rakyat peringkat umur 16 dan di antara 60. Bell Palsy dinamakan sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell, yang merupakan orang pertama untuk menggambarkan keadaan.
Tanda-tanda Bell Palsy

Gejala-gejala Bell palsy boleh membangunkan satu hingga dua minggu selepas anda mempunyai, jangkitan telinga, atau jangkitan mata sejuk.Mereka biasanya muncul secara tiba-tiba, dan anda mungkin perasan mereka apabila anda bangun pada waktu pagi atau apabila anda cuba untuk makan atau minum. Bell palsy dimulai dengan kejatuhan pada sebelah muka dan ketidakupayaan untuk membuka atau menutup mata anda pada sebelah terjejas. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, Bell palsy boleh menjejaskan kedua-dua belah muka anda.
Simptom-simptom lain termasuklah:
  • air liur meleleh
  • kesukaran makan dan minum
  • ketidakupayaan untuk membuat ekspresi muka, seperti tersenyum atau masam
  • kelemahan muka
  • kebas lidah
  • kebas bahagian muka
  • mata dan mulut terasa kering
  • sakit kepala
  • kepekaan kepada bunyi

Punca Berlakunya Bell Palsy

Bell Palsy berlaku apabila saraf kranial ketujuh menjadi bengkak atau termampat (compressed), menyebabkan kelemahan muka atau lumpuh. Punca sebenar kerosakan ini tidak diketahui, tetapi ramai penyelidik perubatan percaya ia kemungkinan besar disebabkan oleh jangkitan virus.
Virus yang telah dikaitkan dengan pembangunan Bell palsy termasuk:
  • herpes simplex , yang menyebabkan kudis sejuk dan herpes genital
  • HIV, yang merosakkan sistem imun
  • sarcoidosis , yang menyebabkan keradangan organ
  • herpes zoster virus, yang menyebabkan cacar air dan kayap
  • Epstein-Barr virus, yang menyebabkan mononucleosis
Sebab-sebab lain lumpuh muka termasuk:
  • kongenital palsi muka - kanak-kanak dilahirkan dengan kelemahan muka
  • kecederaan kepada saraf muka dalam kemalangan - seperti potongan ke pipi atau asas tengkorak patah
  • kecederaan daripada pembedahan - yang paling biasa semasa pembedahan kelenjar parotid dan leher

    Apakah faktor-faktor risiko untuk Bell Palsy?

    Anda berisiko untuk mendapat Bell palsy jika anda:
    • hamil
    • mempunyai diabetes
    • mempunyai jangkitan paru-paru
    • mempunyai sejarah keluarga keadaan
    Pemulihan Secara Integrasi

    Selain daripada perubatan hospital, kaedah terapi alternatif mungkin dapat membantu proses pemulihan. Terdapat banyak kes yang telah berjaya dipulihkan melalui kaedah Akupunktur dan Homeopati. 

    Kebiasaannya terapi akupunktur dan homeopati mengambil masa selama 6-12 kali untuk pulih. Ini bergantung kepada tubuh badan dan keadaan pesakit.  

    Monday, December 5, 2016

    ~ AKUPUNKTUR - TERAPI KESIHATAN DAN KECANTIKAN ~



    Akupunktur adalah satu sistem perubatan tradisional cina yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Terapi ini dipercayai telah digunakan oleh masyarakat zaman kuno seperti di Mesir, India dan China. Namun kredit telah diberikan kepada China kerana telah diamalkan secara meluas oleh masyarakt di China dan merekalah yang telah mula mengkaji serta mendokumentasi tentang Akupunktur.
    Kaedah terapi Akupunktur ialah dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapeutik. Terapi akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun. Terdapat 365 ttitk(point) utama pd tubuh badan manusia yang terbahagi kepada 14 meridian.


    Terapi Akupunktur ini telah diluluskan oleh WHO (World Health Organisation) dan terbukti keberkesanannya dalam menghilangkan kesakitan dan tujuan terapeutik .Kini akupuntur sudah diterima pakai di Barat secara meluas. Di Amerika saja, lebih 18,000 pengamal akupuntur berdaftar. Di Malaysia pula, sistem ini telah mula meluas di kalangan masyarakat Melayu khususnya. 

    Jarum Akupunktur

    Jarum Akupunktur hari ini diperbuat daripada besi tahan karat (stainless steel) dan juga terdapat dalam pelbagai saiz. Jarum akupunktur amat berbeza dgn jarum biasa. Jarum akupunktur sangat halus.

    Fakta tentang Jarum Akupunktur

    • jarum sangat halus 
    • jarum akupunktur tidak menyakitkan
    • bersih dan selamat daripada kuman dan bakteria
    • Jarum pakai buang (disposable needle)
    • tiada kesan sampingan
    • tidak menggunakan dadah atau ubat
    Keistimewaan Akupunktur

    Akupunktur sangat bagus dalam merawat masalah berkaitan saraf. Tusukan jarum tersebut akan merangsang chi (qi) iaitu tenaga penyembuhan secara semulajadi. Akupunktur dikatakan akan melancarkan perjalanan darah didalam tubuh.

    Antara penyakit yang boleh menggunakan teknik akupunktur termasuklah :

    • trigeminal neuralgia (sakit pada bahagian muka), 
    • bell's palsy
    • gout
    • stroke/angin ahmar 
    • rheumatism ( sakit sendi)
    • tinnitus / kurang pendengaran
    • migrain /sakit kepala
    • sakit saraf
    • sakit pinggang / lumbago
    • sakit lutut
    • vertigo
    • terseliuh
    • frozen shoulder / sakit belikat
    • kebas (numbness)
    • kejang otot

    Selain itu gemuruh, berdebar, insomnia kesan daripada kecederaan,gastrik, fibroid, kesuburan,  dan pelbagai lagi penyakit lain juga boleh dibantu dengan akupunktur.

    Kosmetik Akupunktur



     Akupunktur hari ini telah digunakan secara meluas dalam bidang Kecantikan.Masih amat baru di Malaysia namun teknik ini terbukti berkesan dalam mengekalkan kecantikan. Akupunktur boleh membantu dalam perawatan muka, menegangkan kulit, merawat kedutan, jerawat, dll. 

    Akupunktur juga membantu dalam menurunkan berat badan (slimming). Tusukan jarum ditambah pula dengan rangsangan elektrik (electrical stimulator) akan memberi efek pembakaran lemak dan pengurusan berat badan.

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI 019-2185300 ( Dr(H) Shafiqa)