HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Tuesday, October 18, 2022

PENGESAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM TAHAP 3 ) : BEKAM ANGIN


 

Homeopati, Akupuntur & Bekam

Kami merupakan pusat yang memberi perkhidmatan Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PT&K) dalam bidang amalan HOMEOPATI , PTC (AKUPUNTUR) DAN PTM (BEKAM).


beralamat di 📌 :- 

NUR HOUSE OF WELLNESS
NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG 
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN

📞 066787812 / 0166641012

WAKTU OPERASI :

SELASA - SABTU : 10 PAGI - 6 PETANG
AHAD                     : 10 PAGI - 1 TGHR
ISNIN                      : TUTUP 

** CUTI UMUM    : 10 PAGI - 1 TGHR (temujanji shj)

SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN : Pemakanan tidak sihat antara punca.

 Pakar kesihatan berpendapat, sakit kepala atau migrain berpunca daripada makanan tidak sihat, tidak segar dan bertoksik, tekanan atau stress serta ketidakseimbangan hormon. Kebiasaannya pesakit migrain khususnya akan diberikan dos ubat yang tinggi untuk membantu pesakit menahan kesakitan. Hanya ubat tahan sakit sahajalah yang diberikan, lebih teruk lagi pengguna ubat tahan sakit terdedah kepada risiko masa panjang.

Bagaimana Migraine Berlaku

Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.

Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :

  1. Migrain biasa : pesakit mendapat sakit kepala tanpa tanda amaran. Aura yang dikenalpasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas , pening, dan sukar bercakap dengan jelas. Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang
  2. Migrain klasik : sakit kepala didahului dengan tanda amaran.
Kenali jenis-jenis lain migrain :-

  1. Menstrual Migraine : Migrain ini hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain.
  2. Abdominal Migraine : Bisanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
  3. Ocular Migraine : Ia menyebabkan kehilangan semula atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
  4. Hemiplegic Migraine : Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok)
  5. Basilar-type migraine : Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.


Punca Tercetusnya Serangan Migrain 

  • Stress atau tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok
✔✔ Makanan yang mampu mencegah Migrain

  • Telur
  • Kekacang
  • Susu atau produk tenusu
  • Biji Rami
  • Bayam 
  • Salmon
Kaedah Perubatan Secara Tradisional dan Komplementari boleh membantu memberi kelegaan masalah sakit kepala dan migrain. Penggunaan remedi homeopati seperti Acon, Bell, Bry, Chin Off, Gels, Lyco, Nat Mur, Nux V, dll boleh membantu dalam mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu kaedah bekam darah turut memberi kelegaan kepada masalah sakit kepala. 

Ttitk-titik akupuntur di bahagian kepala seperti Bahui (DU 20) Touwey (ST 8) Yintang (EXT 1) Fengchi (GB 20) dll. Selain itu juga titik seperti Hegu (LI 4), Taichong (LIV 3) dll juga membantu dalam mengatasi masalah migrain. 






Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/en/migrain-sakit-kepala/ 
RAPI BIL 264