HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Friday, November 23, 2018

Pengenalan Asas Homeopati

HOMEOPATI adalah sistem perubatan dari Jerman yang berasaskan bahan semulajadi serta mesra alam. Ia semakin popular kerana ubat-ubatan yang digunakan selmat dan bebas daripada bahan kimia berbahaya dan dadah.

Homeopati membantu dalam pemulihan penyakit samada akut atau kronik. Perubatan homeopati sesuai untuk semua peringkat umur daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.

Antara jenis-jenis masalah yang boleh dibantu oleh Homeopati ialah batuk berpanjangan, selsema, resdung, jerawat, demam, tonsil, ekzema, batu karang, gastrik, jaundice dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut :

📱 019-2185300 (H/dr Shafiqa)
📱 019-2185300 (H/dr Shafiqa)
📱 019-2185300 (H/dr Shafiqa)

Alamat Kami :

No 46-G, Jalan Bandar Senawang 4
Pusat Bandar Senawang
Nur House Of Wellness
70450 Senawang
Negeri Sembilan

Tuesday, October 16, 2018

HOMEOAPTI AKUPUNKTUR SHAZI & NUR HOUSE OF WELLNESS




MULAI TAHUN 2016 KAMI DIKENALI DENGAN NAMA 
NUR HOUSE OF WELLNESS





Dulu kami dikenali sebagai HOMEOPATHY AKUPUNKTUR SHAZI 2012-2016



Homeopati, Akupunktur & Bekam

Berikut ialah alamat kami :
NUR HOUSE OF WELLNESS
NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
( Belakang Proton Edar Senawang, sebaris Mr Steak House & Pusat Buku Sinaran)

Talian Untuk Hubungi :019-2185300 (h/dr Shafiqa)


Kami menyediakan Khidmat Perubatan Tradisional dan Komplementari seperti berikut 

                                                                     HOMEOPATI
AKUPUNKTUR 
KOSMETIK AKUPUNKTUR
BEKAM ANGIN 
BEKAM DARAH
AKUBEKAM
INFRARED

Saturday, June 23, 2018

PRINSIP ASAS HOMEOPATI

Homeopati merupakan satu sistem perubatan yang holistik dan lengkap dengan kaedah dan tatacara yang perlu diambilkira semasa proses perawatannya. Setiap perawat Homeopati wajib berpegang kepada prinsip-prinsip asas Homeopati dalam proses rawatan untuk mendapatkan kesembuhan sempurna.

********************************************************************************

Sistem perubatan homeopati mempunyai prinsip-prinsip asas yang unik yang tidak terdapat pada perubatan lain. Terdapat 6 prinsip asas utama di dalam perubatan Homeopati, iaitu:-

1) Prinsip Keserasian (LAW OF SIMILAR)


Falsafah Homeopati iaitu Similia Similibus Currentur yang bermaksud sama dengan sama menyembuhkan. Ini adalah prinsip yang perlu dipegang oleh setiap pengamal Homeopati seperti yang dinyatakan didalam ORGANON OF MEDICINE.
Berpegang pada prinsip ini, setiap penawar yang diberikan mengikut simptom-simptom ubat yang hampir sama atau melahirkan tanda-tanda serupa jika diberikan kepada org sihat.

Semua perawatan daripada sekecil-kecil penyakit selsema, resdung, cirit-birit kepada penyakit-penyakit berat seperti HIV, Hepatitis B, Ketumbuhan atau Barah, mestilah mengikut gejala penyakit yang berpandukan kepada undang-undang keserasian.

2) Prinsip Ujikaji Penyakit ( LAW OF PROVING)


Berdasarkan prinsip ini setiap ubat atau remedi didalam Homeopati perlu menjalani ujikaji. Di dalam Homeopati, setiap ujikaji ubat dilakukan terhadap manusia yang sihat terlebih dahulu. Rasionalnya, ubat yang diberikan kepada manusia perlulah diujikaji terhadap manusia dan bukan haiwan kerana haiwan dan manusia berbeza dari segi anatomi dan fisiologinya.
Berdasarkan amalan Homeopati untuk mendapatkan ubat yang tepat setiap ujikaji mestilah dijalankan terhadap manusia yang sihat.
Sesetangah ubat boleh dimakan oleh manusia tetapi jika diberi kepada haiwan, ia boleh menyebabkan kematian kepada haiwan tersebut. Begitu juga sebaliknya.

Oleh itu, homeopati menekankan bahawa hanya ubat-ubat yang diujikaji terhadap manusia sahaja, wajar diberikan kepada manusia.

3) Prinsip Dos Tunggal (LAW OF SINGLE DOSE)


Didalam sistem perubatan homeopati, hanya SATU ubat boleh dimakan dalam satu waktu. Sebab itu, jika perhatikan kenapa ubat-ubat homeopati mesti dimakan jarak dalam 4 jam dan tidak dimakan serentak dalam satu waktu.
Ini bertujuan supaya kesan satu-satu ubat itu tidak di anti dotal antara satu sama lain.

4) Prinsip Dos Minima (LAW OF MICRO DOSE)

Di dalam Organon para 159 Hahnemann menyatakan:
“Semakin halus dos penawar Homeopathy di dalam rawatan penyakit akut semakin sedikit dan singkat bentannya di jam-jam pertama.”
Sebelum Hahnemann menemui perubatan Homeopati, beliau mendapati kandungan ubat yang diberikan kepada pesakit dalam keadaan mentah dan kasar (crude). Setelah penelitian, Ubat jenis ini tidak selamat dan banyak menimbulkan kesan sampingan.

Maka disebabkan itu, hasil kajian Hahnemann menetapkan bahawa Setiap ubat homeopati, wajib melalui proses potensasi supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Ini akan menghasilkan ubat yang selamat dan tanpa kesan sampingan.

Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa yang menyatakan bahawa ukuran ubat homeopati dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor homeopati telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam homeopati memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 200 tahun yang silam.

Sehingga kini lebih ramai manusia menaruh harapan dan keyakian yang besar kepada keupayaan penyembuhan dalam ubat-ubat homeopati

Didalam Homeopati ubat-ubat yang mengandungi 'racun' atau yang labelnya ditulis 'racun', samasekali dilarang keras untuk kengunaan manusia kerana dalam Islam setiap racun adalah haram dimakan.

5) Prinsip Tenaga hayat (LAW OF VITAL FORCE)

Mengikut sistem perubatan Homeopati, kita menekankan bahawa penyembuhan dilakukan secara menyeluruh. Ini bermakna penyakit harus dirawat hingga ke akar umbi. Setiap pengamal Homeopati perlu mencari punca dan sedaya upaya menyembuhkan setiap keabnormalan yang ada pada tubuh.
Teori Vital Force ini, menerangkan bahawa setiap keabnormalan yang terjadi pada tubuh badan seseorang adalah disebabkan gangguan pada tenaga hayat atau vital force. Gangguan pada tenaga hayat akan ditunjukkan melalui gejala-gejala kesakitan dan simptom-simptom penyakit oleh tubuh manusia. Dengan ini setiap perawat harus mencari dan memberikan remedi sesuai untuk meningkat tenaga hayat.

Dalam homeopati penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil, maka timbulah apa yang dikenali sebagi penyakit.

Ubat-ubat homeopati yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan manusia yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.

6) Prinsip Arah Penyembuhan Penyakit (DIRECTION OF CURE)


Perubatan Homeopati mempunyai kaedah tersendiri untuk memahami bagaimana tindakbalas ubat dan bagaimana untuk mengetahui bahwa setiap penyakit keluar dari tubuh. Melalui prinsip ini, setiap perawat akan mengenalpasti bahawa pesakit sedang melalui proses peyembuhan.
Mngikut Perubatan Homeopati, arah penyembuhan terdiri daripada: Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting, Dari Kanan Ke Kiri.

Homeopati juga tidak memberikan sebarang ubat jenis sapuan kerana ini akan memendapkan (suppressed) penyakit ke dalam tubuh. Untuk mendapatkan kesembuhan total, perkara ini perlulah dielakkan.

Saturday, January 13, 2018

Resdung dan titik Akupunktur

Kaedah rawatan Akupunktur boleh melegakan masalah resdung. Mengikut kaedah Perubatan tradisional cina ini, jarum-jarum halus yang diperbuat daripada stainless steel diletakkan pada titik-titik tertentu terutama di bahgaian muka. 
Tujuannya adalah untuk menigkatkan tenaga(chi) dalam tubuh. Tenaga ini akan membantu mengutakan tenaha hayat atau pertahanan tubuh seseorang. Akupunktur juga boleh memberikan kelegaan segera kepada pesakit resdung yang kronik.



Antara titik-titik akupunktur yang biasa digunakan ialah : Yinxiang(LI20), Bahui (DU20), Zanzhu(UB2), Yintang(EX1)
Hegu(LI4), Tinggong(SI19)

Titik-titik ini berbeza mengikut kesesuian dan simptom pesakit.




Walaubagaimanapun, Akupunktur sahaja tidak mempu memberi penyembuhan yang berkekalan kepada pesakit resdung tanpa dibantu oleh ubat-ubat Homeopati.

Gabungan rawatan ini insyaallah boleh memberikan mengatasi masalah ini dengan sepenuhnya.

Perubatan Homeopati & Resdung.

SINUSITIS @ RESDUNG

Sinusitis bermaksud bahgaian rongga sinus yang mengalami radangan. Ia mungkin disebabkan jangkitan kuman atau masalah lain. Sinus merupakan kawasan berongga di tulang sekitar hidung. Ia menghasilkan mukus atau lendir yang dikeluarkan melalui hidung. Jika dalam hidung kita bengkak, ini akan menyebabkan sinus tersumbat dan menyebabkan kesakitan.

Penyakit ini merupakan salah satu penyakit yang biasa di temui di Malaysia. Resdung terdapat dalam pelbagai bentuk dan ragam. Resdung tejadi kerana alergi atau alahan. Oleh kerana iklim negara kita yang lembap, hujan, panas dan berdebu menyebabkan gejala ini mudah menyerang rakyat Malaysia.

Terdapat banyak gejala sinus atau resdung samada akut, kronik atau berulang(recurrent)



Gejala-gejala sinusitis :


  • Selsema
  • Kesukaran bernafas
  • Gatal samada hidung,mata, muka, telinga atau tekak
  • Sakit kepala
  • Nafas berbau
  • Bersin
  • Demam
  • Keletihan
  • Batuk
  • Hidung tersumbat
  • Hilang deria bau
  • Jerawat
  • Sakit sekitar hidung, muka dan dahi.
Gejala-gejala bisanya berbeza antara satu sama lain.


Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh pesakit Resdung iaitu:
  • Keradangan sinus: Sinus merupakan rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala
  • Otitis media: Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga
  • Sleep Apnea: Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur
  • Masalah pada Tiub Eustachian.

Homeopati dan resdung.

Setiap tubuh badan manusia memiliki daya tahan atau tenaga hayat (vital force) yang berbeza. Tenaga hayat ini menahan dan mengelakkan tubuh dari serangan gejala-gejala dari luar. Bagi mereka yang terlalu sensitif dan mengalami alahan menandakan badan mereka memiliki tenaga hayat yang lemah. 
Maka remedi-remedi homeopati akan diberikan bertujuan untuk meningkatkan tenaga hayat dan membantu tubuh melawan jangkitan luar. 

Antara remedi-remdi yang biasa digunakan untuk merawat resdung ialah : Allium Cepa, Aconite, Gelsemium, Thuja, Kali Bichromicum, China Off, Natrium Sulp, Teucerium, dll.




Thursday, January 11, 2018

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN

Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit.





Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang.

Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaringan yang berturutan antara satu sama lain dalam mengalirkan tenaga (chi) pada tubuh.

Terdapat 12 meridian utama didalam setiap tubih manusia dan 2 meridian tambahan. Gangguan pada sistem ini akan menganggu antara satu sama lain.

12 meridian akupunktur ialah :

1) Peparu (lung) -yin
2) jantung (heart) - yin
3) hati (liver) - yin
4) Usus besar (large intestines) - yang
5) Usus kecil (small intestines) - yang
6) pundi kencing (bladder) - yang
7) pericardium (pericardium) - yin
8) Pundi hempedu (gall bladder) - yang
9) Ginjal (kidney) - yin
10) Limpa (spleen) - yin
11) triple warmer - yang
12) Perut ( stomach) – yang

2 meridian tambahan

1) Ren
2) Du 



Terdapat lebih daripada 400 titik-titik akupunktur yang tersebar melalui meridian ini.

Semasa proses rawatan, setiap perawat akan mengambil kira setiap simptom dan memilih titik-titik tertentu sahaja untuk rawatan. Secara purata 5-15 titik mungkin digunakan semasa proses rawatan pada satu-satu masa.



Thursday, January 4, 2018

BEKAM DARAH @ HIJAMAH SERTA WAKTU TERBAIK

Mengapa Bekam dikatakan sebagai Sunnah Nabi.


Berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Ini seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”,

antara hadis-hadis yang berkaitan dengan bekam ialah :

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.
                              [ Riwayat At-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam. no Hadis :1199]

Pada malam aku di-isra'kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: Shahih Jami'us Shaghir 2/731)
"Wahai Muhammad suruhlah umatmu melakukan bekam." (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah,

Tarikh-Tarikh Terbaik Untuk Bekam


“Sesungguhnya waktu terbaik melakukan bekam adalah pada tanggal 17, 19, dan 21 setiap bulannya.” (HR. at-Tirmidzi)

“Barang siapa melakukan bekam pada tanggal 17, 19 atau 21, akan sembuh dari setiap penyakitnya.” (HR.Abu Dawud)

Pilihan Hari Terbaik Untuk Berbekam


Rosulullah Saw, bersabda;
“Bekam itu boleh menambah daya tahan tubuh, boleh menambah kemampuan berpikir. Lakukanlah bekam dengan menyebut nama Allah. Namun jangan kalian lakukan pada hari khamis, jumaat, sabtu, dan ahad. Lakukanlah pada hari isnin. Lepra dan kusta hanya turun pada hari rabu.”


Beliau Saw. bersabda,”Berbekamlah kalian pada hari isnin dan selasa dan janganlah kalian berbekam pada hari rabu,”

Kesimpulannya


Kesimpulannya, jika anda ingin menjaga kesihatan anda, meskipun pada waktu anda tidak sakit, maka berbekam rutin pada pertengahan bulan itu adalah pilihan terbaik.
Namun jika anda merasa mengalami sakit, maka berbekam ketika waktu sakit adalah lebih baik lagi, kerana ketika itu darah lebih bergolak. Ini bermaksud, memang tidak perlu menunggu pada 17, 19 dan 21.

Perihal berbekam boleh dilakukan pada bila-bila sahaja saja jika diperlukan. Bahkan untuk terapi penyembuhan penyakit, berbekam boleh dilakukan secara rutin, tidak perlu menunggu waktu-waktu tertentu, kerana penyakit datang tanpa diduga. Namun begitu berbekam adalah pilihan anda. Islam sangat menitikberatkan keselesaan setiap penganutnya agar islam tidak kelihatan sulit dan menyusahkan.

Akhir Kata

Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuataan kepada kita agar kita dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.

 Wallahua’lam

sumber rujukan :
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/297-irsyad-al-hadith-siri-ke-36-berbekam