Skip to main content

PERKEMBANGAN HOMEOPATI DI MALAYSIA.

SEJARAH AWAL

Homeopati datang ke Malaysia melalui askar British namun tidak disebarkan secara meluas.    Homoeopati dibawa masuk dan diperkenalkan di tanah Melayu oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy apabila beliau pulang ke Malaya pada tahun 1929. Beliau merupakan graduan daripada Ismaeliah Medical College, New Delhi. Dr. Burhanuddin seorang yang bergiat cergas dalam organisasi politik dan agama, salah seorang pengasas Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pernah menjawat jawatan presiden Partai Islam Se Malaysia (PAS) pada waktu itu.

Pada tahun 1937, Dr Burhanuddin telah membuka gedung Homeopati bersama dengan Prof. Dr. Rajah di Singapura dan Johor Bharu. Oleh kerana kesibukan menguruskan aktiviti keagamaan dan politik di tanah air, sehingga tahun 1942 usaha beliau terhenti seketika. Tahun 1952, beliau kembali menyambung usaha mengamalkan Homeopati di kalangan sahabat handai dan keluarga. Beliau juga berusaha mengumpulkan penuntut untuk mempelajari bidang Homeopati supaya ia dapat dikembangkan. Walaupun tanpa pengiktirafan, tahun 1953/1954 dianggap tahun yang bersejarah dalam tinta tanah air. Pada tahun tersebut, lahir sebuah institusi atau pusat pengajian homeopati yang pertama secara informal di rumah Dr. Burhanuddin sendiri iaitu Kampung Pachitan, Singapura. Antara 12 orang pemuda perintis yang mengikuti kuliah itu termasuklah Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin, Dr. Hj. Dali b. Hj. Muin, Dr. Mohammed Hj. Yaakub dan Dr. Abd. Rahman Hj. Hashim.

Jasa Dr. Burhanuddin seterusnya ialah menyuarakan isu-isu homeopati beberapa kali di Parlimen semasa beliau menjadi ahli parlimen bagi tahun 1959-1964. Suaranya yang lantang membolehkan aktiviti mengembangkan ilmu perubatan homeopati bergerak ke seluruh negara. Kemudian dalam mengembangkan homeopati seterusnya beliau berusaha mengumpulkan pelajar-pelajar yang setia untuk mengikuti kuliah homoeopati di Ehya Assharif Gunung Semanggol, Perak.

Tidak banyak tulisan-tulisan yang memperincikan kegiatan pengembangan ilmu perubatan homoeopati yang dilaksanakan oleh beliau di tahun-tahun berikutnya. Akhirnya, pada 25 hb. Oktober 1969, Dr. Burhanuddin pulang ke rahmatuLlah setelah berjaya menaburkan banyak jasa-jasa kepada masyarakat, orang Melayu, Islam, politik tanah air dan tidak ketinggalan mewariskan homeopati.

FAKULTI HOMEOPATI MALAYSIA.

Fakulti Homeopati Malay di Kg Gelang mas, Kelantan tahun 2006

Pada tahun 1979, Dr nik Omar b nik Daud telah menubuhkan sebuah kolej yang diberi nama Fakulti Homeopati Malaysia di Kelantan. Penubuhan ini adalah penting dalam mengembangkan lagi Homeopati di Malaysia. Pada tahun 1983 Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy (MRHP) telah ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan Homeopati. peranan MRHP turut menonjol dari segi perkembangan homeopati di mata masyarakat mutakhir ini justeru aktivitinya yang bersifat komersil selain aktiviti biasa memberi kursus dan ceramah seperti PPHM. Banyak barangan atau hasil keluaran homeopati dari kesatuan tersebut mendapat tempat di hati masyarakat. Ini termasuk juga aktiviti dan usaha MRHP membantu masyarakat Selatan Thai sewaktu mengalami banjir dan mangsa peperangan saudara di Afghanistan. 

Dr Nik Omar Nik Daud 

Beliau bukan sahaja menulsi lebih dari 500 rencana dan artikel-artikel tentang homeopati dan akupunktur di majalah dan akhbar-akhbar, malah beliau juga banyak memberi ceramah di TV1, TV2 , TV3 dan Radio di Malaysia. Beliau sering keluar dalam Selamat Pagi Malaysia, Dimensi dan Bincang Petang TV3. Beliau juga pernah menjadi penceramah perubatan di TV Brunei dan Radio Brunei Darussalam. Beliau pernah menjadi penulis tetap di Migguan Pentas Dunia dan Majalah Bulanan Intisari. 

Dr Nik merupakan seorang yang aktif dalam Organisasi Homeopati Antarabangsa dan menganggoati Liga Perubatan Homeopati Dunia -LHMI dan OHMI. Malah beliau pernah memegang jawatan Vice President Asian Homeopathic Medical league selama 7 tahun. 

Usaha Dr Nik Omar ini memberikan impak besar kepada perkembangan Homeopati di Malaysia sehingga kini. Beliau bergiat aktif di dalam dan luar negara bagi memastikan Homeopati berkembang dan dikenali masyarakat.

Antara pelajar-pelajar fahom pd tahun2007


HOMEOPATI KINI

2004 telah tertubuhnya bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menentukan tanda aras dan salah satu usaha untuk mengiktiraf perubatan alternatif termasuk Homeopati di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, CUCMS telah diiktiraf untuk mengadakan kursus pensijilan BHMS dalam Homeopati. CUCMS yang dibenarkan beroperasi memulakan program Bachelor of Homeopathic Medical Science mulai tahun 2010 telah mendapat bantuan awal daripada Dr. Suriyakhatun Osman dan pihak MPHM untuk membangunkan modul yang standard dan bersesuaian. Pengambilan pelajar juga harus mengikut kriteria seperti kursus-kursus lain di CUCMS.

Akta Perubatan Tradisional & Komplementari secara rasminya telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016. Walaubagaimanapun, penguatkuasaaan ini akan dijalankan secara berperingkat. 

Diharapkan selepas ini, Perubatan Homeopati akan terus berkembang dan dikenali oleh setiap masyarakat.



Salah satu kursus yang dijalankan di Fahom ialah Akupunktur.


Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

HOMEOPATHY UNTUK BAYI

Bayi adalah anugerah tuhan kepada kita dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi sifat semulajadi bagi bayi yang baru lahir itu cepat terdedah pada serangan penyakit kerana imun tubuh mereka masih lemah dan dalam peringkat membangun. Apabila bayi mendapat penyakit, maka pihak ibubapa haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mereka agar ianya tidak melarat menjadi lebih kronik. Amat jarang dikalangan ibubapa untuk mengetahui bahawa selain dari perubatan biasa, sistem perubatan Homeopathy mempunyai rangkaian ubat yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi. Homeopathy sebenarnya adalah satu sistem perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular dikalangan orang-orang bangsawan di negara barat. Ubat Homeopathy diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga lilly, bunga matahari, pokok Chamomille dan sebagainya. Hampir 80% ubat-ubatan da...

Pakej Akupuntur terapeutik & Kosmetik

Penjimatan hebat bagi perkhidmatan akupuntur terapeutik dan kosmetik akupuntur!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!!! Hubungi kami segera untuk tempah temujanji anda sekarang! #nurhouseofwellness #homeopati #homeopathy #akupuntur #akupunturhosmetik #acupunture #bekam #cuppingtheraphy #hijamah