Skip to main content

Penyakit Aneh Yang Dapat Disembuhkan Melalui Rawatan HOMEOPATHY


Dalam dunia serba moden hari ini, kita mendapati semakin hari semakin ramai insan yang mengalami masalah mental atau tekanan jiwa.
Hal ini mungkin disebabkan masalah harian yang semakin menekan, stress dan tension. Antara faktor penyebab mungkin kerana:
1. Masalah kegawatan kewangan dalam keluarga.
2. Pengangguran dan tidak berupaya untuk bekerja.
3. Kehidupan yang serba mencabar.
4. Tekanan ditempat kerja atau dirumah.
5. Konflik rumahtangga antara ibubapa serta anak-anak.
6. Tidak dapat mengawal perasaan marah.
7. Irihati, dengki dan tamak haloba dan lain-lain lagi.
Dari gejala-gejala tersebut, maka timbullah berbagai ancaman penyakit dari penyakit kecil dan biasa kepada masalah besar dan menjadi kronik, antarapenyakit tersebut ialah:
1. Gila
2. Sakit jiwa
3. Gila babi/ Sawan
4. Gila meroyan
5. Sakit urat saraf
6. Sakit kepala dan migrain
7. Keletihan dan tidak bermaya

Disini saya paparkan kepada para pembaca beberapa contoh penyakikt yang telah dapat disembuhkan oleh sistem perubatan Homeopathy dari seluruh dunia.

Gila Disembuhkan oleh Dr. Marsden, USA, dari buku notes on Homeopathy.
Seorang pemuda yang telah dilabelkan oleh orang-orang kampungnya sebagai gila kerana beranggapan bahawa beliau adalah dicipta oleh Tuhan sebagai patung dan merasakan bahawa Tuhan amat marah kepadanya.
Selalu meminta ampun kepada Tuhan dan selalu bercakap soal agama dimana sahaja beliau berjalan, sambil menangis setiap waktu.
Mengikut kata keluarganya, pemuda ini mengalami masalah ini baru dalam tempoh 2 bulam dan selama 3 minggu terakhir ini beliau tidak dapat tidur.
Keluarga pemuda ini datang menemui DR. Marsden, seorang doktor Homeopathy di daerahnya dan Doktor tersebut telah memberi ubat Homeopathy yang diambil dari sejenis bunga yang dikenali sebagai 'Aconite Nappelus' selama 2 hari.
Perangainya beransur baik. selepas 2 hari, sekali lagi Dr.Marsden memberi ubat Homeopathy 'Stramonium' dalam potensi 6c sebanyak satu dos dan pesakit disuruh pulang ke rumah.
Setelah 4 hari, pemuda gila ini datang menemui Dr. Marsden untuk mengucapkan terima kasih. Dr. Marsden amat terkejut diatas kehadiran pemuda ini yang kelihatan sudah pulih sepenuhnya dan tidak sedikit pun menunjukkan sebarang petanda orang gila.
Selepas 5 tahun, Dr.Marsden bertemu semula dengan pemuda ini dalam sebuah pasaraya dalam keadaan normalseperti mana orang awam biasa.
Beliau sembuh hanya dengan menggunakan 2 jenis ubat Homeopathy yang sangat popular digunakan dikalangan orang-orang yang menghadapi masalah tekanan jiwa.

Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

HOMEOPATHY UNTUK BAYI

Bayi adalah anugerah tuhan kepada kita dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi sifat semulajadi bagi bayi yang baru lahir itu cepat terdedah pada serangan penyakit kerana imun tubuh mereka masih lemah dan dalam peringkat membangun. Apabila bayi mendapat penyakit, maka pihak ibubapa haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mereka agar ianya tidak melarat menjadi lebih kronik. Amat jarang dikalangan ibubapa untuk mengetahui bahawa selain dari perubatan biasa, sistem perubatan Homeopathy mempunyai rangkaian ubat yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi. Homeopathy sebenarnya adalah satu sistem perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular dikalangan orang-orang bangsawan di negara barat. Ubat Homeopathy diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga lilly, bunga matahari, pokok Chamomille dan sebagainya. Hampir 80% ubat-ubatan da...

Pakej Akupuntur terapeutik & Kosmetik

Penjimatan hebat bagi perkhidmatan akupuntur terapeutik dan kosmetik akupuntur!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!!! Hubungi kami segera untuk tempah temujanji anda sekarang! #nurhouseofwellness #homeopati #homeopathy #akupuntur #akupunturhosmetik #acupunture #bekam #cuppingtheraphy #hijamah