Skip to main content

Bekam Satu Kaedah Perubatan


Sejak akhir akhir ini pengamalan bekam atau membuang angin dan darah dari badan dengan menggunakan cara bekam sudah semakin berkurangan di kampung kampung.
Pada suatu ketika dahulu kita dapati hampir setiap kampung mempunyai tukang bekam. Akan tetapi pada hari ini amat sukar untuk mencari tukang bekam di kampung kampung. Ini disebabkan para pengamalnya yang tua dan sudah meninggal dunia dan tiada ahli keluarga yang berminat untuk menggantikan mereka.Ditambah pula dengan sikap orang tua yang tidak mahu menurunkan ilmu bekam mereka kepada generasi baru kerana takut mata pencarian mereka tergugat.
Sebab itulah, sedikit demi sedikit, hari demi hari, kita kehilangan ahli ahli bekam yang mahir di kawasan kampung. Kini, bidang ini telah diambil alih oleh orang orang profesional dibandar bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan dan Seremban. Malah tidak hairanlah jika kita mendapati bahawa terdapat beberapa tukang bekam ini terdiri dari doktor doktor yang berkelulusan tinggi.
Di Pusat Perubatan Homeopathy Akupunktur Shazi, kami telah menghidupkan kembali amalan berbekam yang bersih dan suci ini khusus untuk golongan masakini dengan teknologi dan kaedah yang terkini. Khususnya kaedah bekam Melayu Klasik yang unik bercirikan konsep perubatan Islam yang juga pernah diamalkan oleh junjungan besar Rasulallah s.a.w.

Bekam Angin Dan Bekam Darah

Bekam terbahagi kepada dua bahagian asas iaitu bekam angin dan bekam darah. Pada dasarnya kedua-duanya berfungsi serupa iaitu untuk membuang angin yang tersumbat didalam tubuh badan.
Bekam angin biasanya digunakan untuk membuang angin yang tersumbat dalam badan dimana keadaan seseorang yang mempunyai banyak angin akan menghidapi gejala kuat sendawa, semput atau mengah, kesukaran bernafas, sakit urat, lenguh lumpuh dan sebagainya. Biasanya ahli bekam klasik akan meletakkan samada botolatau buluh bekam untuk mengeluarkanangin dibahagian tertentu seperti dibelakang, bahagian pinggang, dada, perut, paha, pinggul dan sebagainya. Bekam jenis ini tidak akan mengeluarkan sebarang jenis darah tetapi akan meninggalkan bekas bekas bekam yang kelihatan kebiru-biruan iaitu kesan dari angin kotor yang disedut ke arah permukaan kulit badan seseorang.
Manakala bekam darah pula biasanya digunakan untuk membuang darah kotor, angin serta toksik yang berada didalam tubuh badan dibahagian bahagian yang tertentu khususnya di bahagian belakang badan, betis, paha, bahu dan lain lain lagi. Bagi orang orang yang mengalami sakit kepala, bekam biasanya dilakukan dibahagian belakang kepala untuk membuang darah di bahagian yang tersumbat.
Biasanay selepas berbekam, kita akan merasa lega dibahagian yang dibekam itu khususnya. Sebarang kesakitan yang dialami sebelum itu akan beransur kurang dan tubuh badan akan menjadisegar dan sihat.

Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...