Skip to main content

HOMEOPATHY UNTUK BAYI


Bayi adalah anugerah tuhan kepada kita dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi sifat semulajadi bagi bayi yang baru lahir itu cepat terdedah pada serangan penyakit kerana imun tubuh mereka masih lemah dan dalam peringkat membangun. Apabila bayi mendapat penyakit, maka pihak ibubapa haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mereka agar ianya tidak melarat menjadi lebih kronik.
Amat jarang dikalangan ibubapa untuk mengetahui bahawa selain dari perubatan biasa, sistem perubatan Homeopathy mempunyai rangkaian ubat yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi.
Homeopathy sebenarnya adalah satu sistem perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular dikalangan orang-orang bangsawan di negara barat. Ubat Homeopathy diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga lilly, bunga matahari, pokok Chamomille dan sebagainya.
Hampir 80% ubat-ubatan dalam kitab perubatan Homeopathy yang dikenali sebagai Materia Medica terdiri daripada bahan dari tumbuhan semulajadi. Hanya sebahagian kecil sahaja terdiri daripada bahan-bahan lain seperti mineral garam galian.
Tumbuh-tumbuhan berubat ini hendaklah diadun mengikut sukatan skala Homeopathy yang telah ditetapkan oleh British Homeopathic Pharmacopeia dan diluluskan oleh WHO. Ubat-ubat ini bila digunakan mengikut kaedah Homeopathy akan menjadi ubat yang paling mustajab bagi mengatasi penyakit-penyakit bayi dan kanak-kanak. Kerana adunannya yang halus dan lembut untuk membuang segala kesan toksik yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan tersebut.
Kegunaan untuk bayi yang baru lahir amatlah sesuai kerana ubat-ubat ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan atau ketagihan, kerana ubat-ubat Homeopathy tidak mengandungi sebarang unsur dadah atau racun. Didalam ubat Homeopathy hanya mempunyai ekstrak ubat yang hanya mempunyai nilai untuk menyembuhkan.
Penyakit-penyakit bayi seperti jaundis, demam, batuk, selsema, kembung perut atau angin memang menunjukkan kesan yang amat positif dengan ubat Homeopathy. Sebenarnya ubat Homeopathy untuk bayi dan kanak-kanak merangkumi lebih dari 100 jenis ubat-ubatan yang lembut dan sesuai digunakan untuk mengatasi masalah bayi, baik dari demam biasa, cirit-birit, cacing, sakit perut, melecet kulit, kecergasan minda untuk bayi, cepat berjalan, penyakit kulit dan sebagainya.
Oleh itu, jika didapati ada bayi atau kanak-kanak anda yang mempunyai masalah kesihatan, anda boleh mencuba rawatan Homeopathy dengan menghubungi mana-mana pusat Homeopathy yang berdekatan tempat anda.

Comments

  1. bagai mana hendak mengatasi serta mengubati masalah anak yg terlalu hiperactive

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pakej Akupuntur terapeutik & Kosmetik

Penjimatan hebat bagi perkhidmatan akupuntur terapeutik dan kosmetik akupuntur!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!!! Hubungi kami segera untuk tempah temujanji anda sekarang! #nurhouseofwellness #homeopati #homeopathy #akupuntur #akupunturhosmetik #acupunture #bekam #cuppingtheraphy #hijamah