Skip to main content

HOMEOPATHY- Kaedah Perubatan Yang Unggul

Apabila sampai pada suatu tahap dimana penyakit seseorang itu dilabelkan oleh doktor sebagai kronik atau parah dan tidak lagi dapat diubati, kebiasaannya pesakit itu dan ahli keluarganya akan menjadi panik dan putus harapan. Ini adalah senario yang biasa berlaku pada masa sekarang ini apatah lagi dengan wujudnya pelbagai penyakit- penyakit yang baru yang semakin sukar untuk diubati dengan aliran moden.
Namun pesakit harus tahu penyembuhan dan kematian bukannya ditentukan oleh seseorang doktor itu. Sebagai insan yang berakal kita haruslah berusaha mencari jalan penyembuhan. Homeopathy merupakan salah satu rawatan alternatif yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah penyakit yang akut mahupun kronik yang gagal disembuhkan oleh sistem perubatan moden atau tradisional.
Bagaimanapun, masih ramai yang masih belum lagi mengetahui keunikan dan keistimewaan sistem perubatan Homeopathy dan menyebabkan mereka gagal menyembuhkan penyakit yang dihadapi.
Salah satu perbezaan yang amat ketara dalam sistem perubatan Homeopathy adalah ia mengambil kira gejala kepada keseluruhan penyakit dan bukannya bergantung kepada diagnosa semata- mata seperti yang diamalkan dalam sistem perubatan moden pada zaman ini.
Perkataan Homeopathy adalah gabungan perkataan Homeo iaitu persamaan dan phantos iaitu rawatan yang membawa maksud satu kaedah rawatan yang berlandaskan keserasian ataupun persamaan. Dalam kaedah ini, ubat didalam dos yang kecil apabila diberikan kepada pesakit akan menggerakkan sistem pertahanan badan secara semulajadi untuk menyerang penyakit itu.
Kaedah inilah yang digunapakai oleh pengamal Homeopathy di seluruh dunia dalam mengubati penyakit biasa seperti demam, batuk, sakit kepala, selsema, cirit birit hinggalah ke penyakit- penyakit yang kronik seperti asma, hypertension, thyroid, anaemia, diabetis, barah, fibroid dan lain- lain lagi.
Bagi mereka yang mencintai alam semulajadi, sistem perubatan Homeopathy adalah pilihan yang terbaik kerana kaedah perubatannya yang berlandaskan sumber- sumber alam semulajadi yang boleh diyakini.

Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

HOMEOPATHY UNTUK BAYI

Bayi adalah anugerah tuhan kepada kita dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi sifat semulajadi bagi bayi yang baru lahir itu cepat terdedah pada serangan penyakit kerana imun tubuh mereka masih lemah dan dalam peringkat membangun. Apabila bayi mendapat penyakit, maka pihak ibubapa haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mereka agar ianya tidak melarat menjadi lebih kronik. Amat jarang dikalangan ibubapa untuk mengetahui bahawa selain dari perubatan biasa, sistem perubatan Homeopathy mempunyai rangkaian ubat yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi. Homeopathy sebenarnya adalah satu sistem perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular dikalangan orang-orang bangsawan di negara barat. Ubat Homeopathy diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga lilly, bunga matahari, pokok Chamomille dan sebagainya. Hampir 80% ubat-ubatan da...

Pakej Akupuntur terapeutik & Kosmetik

Penjimatan hebat bagi perkhidmatan akupuntur terapeutik dan kosmetik akupuntur!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!!! Hubungi kami segera untuk tempah temujanji anda sekarang! #nurhouseofwellness #homeopati #homeopathy #akupuntur #akupunturhosmetik #acupunture #bekam #cuppingtheraphy #hijamah