Skip to main content

Akupuntur ???

Akupunktur adalah kaedah pemulihan penyakit yang melibatkan saraf.Terdapat titik-titik akupunktur yang sangat efektif pada tubuh badan manusia yang boleh merawat berbagai jenis penyakit. Penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah akupunktur seperti:

 1.Arthritis/sakit pada setiap persendian
 2.Sakit belakang/pinggang
 3.Salah urat
 4.Urat saraf
 5.Stroke/Angin Ahmar
 6.Kekejangan
 7.Kebas-kebas
 8.sakit kepala
 9.Sinusitis dan lain-lain lagi

Terapi menggunakan jarum akupunktur yang halus,tajam dan telah diseteril serta pakai-buang.Tidak menyakitkan. Akupunktur adalah kaedah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala , selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur , perawat mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba . Teknik penggunaan haba dikenali sebagai "Moxibustion" dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil "Electrostimulation". Akupunktur adalah sama seperti terapi menggunakan herba dan kaedah ini adalah bebas daripada sebarang penggunaan dadah. Terapi ini juga tidak mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan . Seseorang itu seharusnya memberitahu perawat jika mengambil sebarang ubat atau sedang mengandung pada masa terapi akupunktur dijalankan . Jika seseorang itu menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan mereka haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada perawat anda . Akupunktur selalunya digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lain untuk menambahkan keberkesanannya

 Jika anda ingin mendapatkan rawatan anda boleh hubungi saya untuk temujanji.

Comments

  1. Salam..untuk endometriosis blh?ade ketumbuhan cysts fibroid ^_^

    ReplyDelete
  2. Maaf lewat balas. in shaa Allah ada , boleh whatsapp 016-664 1012 atau datang terus ke klinik untuk lebih lanjut. Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. Maaf lewat balas. in shaa Allah ada , boleh whatsapp 016-664 1012 atau datang terus ke klinik untuk lebih lanjut. Terima Kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

HOMEOPATHY UNTUK BAYI

Bayi adalah anugerah tuhan kepada kita dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi sifat semulajadi bagi bayi yang baru lahir itu cepat terdedah pada serangan penyakit kerana imun tubuh mereka masih lemah dan dalam peringkat membangun. Apabila bayi mendapat penyakit, maka pihak ibubapa haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mereka agar ianya tidak melarat menjadi lebih kronik. Amat jarang dikalangan ibubapa untuk mengetahui bahawa selain dari perubatan biasa, sistem perubatan Homeopathy mempunyai rangkaian ubat yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi. Homeopathy sebenarnya adalah satu sistem perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular dikalangan orang-orang bangsawan di negara barat. Ubat Homeopathy diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga lilly, bunga matahari, pokok Chamomille dan sebagainya. Hampir 80% ubat-ubatan da...

Pakej Akupuntur terapeutik & Kosmetik

Penjimatan hebat bagi perkhidmatan akupuntur terapeutik dan kosmetik akupuntur!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!!! Hubungi kami segera untuk tempah temujanji anda sekarang! #nurhouseofwellness #homeopati #homeopathy #akupuntur #akupunturhosmetik #acupunture #bekam #cuppingtheraphy #hijamah