Skip to main content

Sakit Perut


Penyebab sakit perut tidak begitu jelas.
Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.
Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.
Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum.
Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.
Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.
Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.
Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

 

Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.
Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.
Jika anda telah mencuba pelbagai rawatan dan ubat-ubatan tetapi anak atau anda masih lagi mengalami sakit perut, Cubalah Perubatan Homeopathy, Ubat Homeopathy yang tidak mempunyai alkohol atau dadah, begitu selamat untuk bayi,kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Kelebihan Ubat Homeopathy

Merawat penyakit hingga ke akar umbi

Tidak perlu pembedahan / hanya makan ubat sahaja, insyaAllah

Ubat dari bahan organik/alam semulajadi
Semua ubat lembut dan diujikaji terhadap manusia, bukan haiwan.


NUR HOUSE OF WELLNESS : Selasa-Ahad 9pg-5ptg (Ramadhan)
H/Dr. SHAFIQA

Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...