Skip to main content

Senggugut / Dysmenorrhea -Homeopati & Akupuntur.

Dysmenorrhea atau senggugut berlaku apabila seorang wanita berasa sakit di bahagian perut, paha, belakang dan kaki. Kesakitan seperti ini sangat biasa semasa haid. Walaupun ramai menganggap ini sebagai masalah biasa, kesakitan dan kekejangan yang melampau tidak sepatutnya dipandang ringan.
Sifat dan rasa sakit adalah berbeza daripada seorang wanita ke wanita yang lain. Bagi sesetengah wanita kesakitan adalah ringan. Namun ada sebahagian wanita mengalami senggugut yang mungkin sangat teruk sehingga seseorang terpaksa berada di atas katil. Sesetengah wanita mengalami kekejangan dan ada pula yang hanya merasa tidak selesa ketika haid. Dalam sesetengah kes, sakit dibahagian perut atau bahagian bawah abdomen. 

Terdapat juga simptom lain yang menyebabkan ketidakselesaan sehingga boleh menggangu kehidupan harian antaranya, loya dan muntah, sakit kepala, sakit dibahagian belakang pinggang dan kaki, serta hilang selera makan.

Oleh kerana masalah ini dianggap biasa oleh semua wanita, kerap kali ia dipandang remeh. Pengambilan ubat penahan sakit sudah menjadi kebiasaaan untuk mengurangkan senggugut setiap kali datang haid.

Remedi Homeopati Untuk Senggugut.

Perubatan Homeopati mempunyai banyak remedi-remedi yang boleh membantu senggugut dan simptom kesakitan ketika haid. Antara ubat homeopati yang biasa digunakan ialaha seperti :

Sepia : Gejala ubat ini termasuk sakit ketika haid, lewat, atau disekat, kadang-kadang rasa seperti lantai pelvik menurun. Sakit kepala disertai dengan muntah sebelum  datang haid yang banyak dan awal. Muntah dan keasidan selepas haid.

Pulsatilla : Mereka yang sesuai dengan remedi ini mempunyai perwatakan yang lembut dan mudah menangis. Pesakit suka dipujuk dan berada di tempat terbuka. Haid terlalu lewat dan sedikit, berubah-ubah, berhenti sekejap dan datang semula.

Magnesium Phos : Kekejangan yang menyakitkan dan kesakitan di kawasan pelvis yang boleh dikurangkan dengan urutan dan kehangatan sering bertindak balas terhadap ubat ini. Haid mungkin bermula terlalu awal, selalunya dengan keluaran yang gelap atau bertali, dan sakit biasanya lebih teruk di sebelah kanan badan. Wanita itu sensitif dan cenderung kepada "sakit saraf" - berasa lebih teruk disebabkan oleh sejuk dan juga lebih teruk pada waktu malam.

Chamomilla : Ubat ini digunakan untuk mereka yang mempunyai mood dan saraf yang sangat sensitif dan sakit yang terlampau kuat sehingga rasa tidak mampu tahan. Kemarahan dan kerengsaan mungkin melampau (atau sakit dan kekejangan mungkin timbul selepas wanita itu marah). Aliran haid boleh banyak, dan darah mungkin kelihatan gelap atau bergumpal. Sakit sering merebak dari kawasan pelvis ke paha, dan mungkin lebih teruk pada waktu malam. Gejala sakit bertambah teruk apabila menggunakan pad pemanas atau terdedah kepada angin. Berjalan cergas atau bergerak dengan cara lain boleh membantu melegakan kesakitan.

Cimicifuga : Kekejangan dan kesakitan yang menjadi lebih teruk apabila darah haid semakin banyak, sakit belakang dan leher disertai ketegangan otot, dan sakit yang tajam seperti ada renjatan ke atas, ke bawah paha atau merentasi pelvis, semuanya merupakan gejala untuk ubat ini. 

Caulophyllum : Ubat ini melegakan senggugut yang berlaku pada permulaan haid, dengan aliran yang sedikit.

Belladona : Gejala yang sangat teruk dan datang dan pergi secara tiba-tiba, disertai dengan rasa panas, sering menunjukkan keperluan untuk ubat ini. Darah haid biasanya berwarna merah terang, berlimpah, dan mungkin keluar terlalu awal. Kesakitan dan kekejangan lebih teruk akibat gemuruh dan apabila terdapat sentuhan, namun memberikan tekanan yang stabil selalunya membawa kelegaan. Berjalan atau membongkok boleh memburukkan keadaan, dan duduk mungkin merupakan posisi yang paling boleh diterima. Seorang wanita yang memerlukan ubat ini mungkin berasa gelisah, dengan sdisertai rasa berdenyut atau berdebar-debar, serta mata yang sensitif kepada cahaya.


Akupuntur & Senggugut.

Titik akupuntur seperti San Yin Jiou (SP6) dan Hegu (LI4) antara point yang sangat baik untuk masalah senggugut. Selain itu, Zhongji (REN3), Zusanli (ST36), Gongsun (SP4) dll juga digunakan mengikut kesesuaian dan gejala.


Sumber rujukan : 

Illustrated Guide to the Homeopathic treatment by Dr H.S Khaneja\
Pocket Manual Homeopathic Materia Medica Boericke.


Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...