Skip to main content

Resdung (Sinusitis)

Apa itu sinusitis?

Sinusitis adalah keradangan tisu yang melapisi ruang berongga di dalam tulang pipi, sekitar mata dan di belakang hidung yang dikenali sebagai sinus. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman berlarutan daripada jangkitan virus seperti selesema biasa.

Sinus disambungkan ke hidung melalui tiub sempit dan fungsinya adalah untuk memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang kita sedut dalam perjalanan ke paru-paru, dan untuk membantu membentuk bunyi tertentu semasa pertuturan. Sinus juga menghasilkan cecair (lendir) yang mengalir keluar dari saluran sempit dalam hidung, memastikan ia bersih dan bebas daripada bakteria, alergen, dan kuman lain.

Apabila terdapat keradangan tisu sinus, tiub sempit menjadi tersumbat. Ini menghentikan lendir mengalir keluar dari hidung yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan di muka apabila tekanan di dalam sinus meningkat. Sinus yang tersumbat mewujudkan persekitaran di mana bakteria mungkin membesar, menyebabkan jangkitan.

Sinusitis terbahagi kepada 2 iaitu :-

  1. Sinusitis Akut - boleh bertahan sehingga tiga minggu dan dalam kebanyakan kes berpunca daripada jangkitan bakteria 
  2. Sinusitis Kronik - boleh berlanjutan lebih dari tiga minggu. Ini juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria atau gangguan keradangan kronik seperti asma. Resdung kronik boleh bertahan berbulan-bulan atau bertahun-tahun jika tidak dirawat. Alahan, masalah struktur hidung atau keadaan yang menjejaskan sistem imun juga boleh menyebabkan sinusitis kronik.

Anda boleh menghidap resdung akut yang berlarutan 2-4 minggu, resdung kronik yang berlangsung lebih dari 12 minggu, atau jangkitan sinusitis yang kerap berulang beberapa kali setahun. Tidak seperti rinitis, sinusitis yang disebabkan oleh virus ( bukan oleh bakteria atau kulat) boleh berjangkit.



Gejala Sinusitis


Gejala sinusitis berbeza-beza bergantung kepada tahap keradangan, dan sinus yang mana terlibat:

  • Hidung tersumbat.
  • Sakit dan tekanan di sekitar pipi, mata, atau dahi.
  • Sensasi kesesakan atau tekanan di kepala menjadi lebih teruk apabila menunduk.
  • Hilang deria bau atau rasa.
  • Nafas berbau dan/atau rasa busuk di dalam mulut.
  • Sakit tekak dan/atau batuk.
  • Tidur yang kurang baik (selalunya disebabkan apnea tidur obstruktif/berdengkur) dan keletihan pada siang hari. 
  • Sakit gigi dan/atau sakit di sepanjang garis rahang.
  • Postnasal drip (lendir mengalir ke kerongkong, selalunya menyebabkan batuk).
  • Lendir berwarna pekat, hijau atau kuning dari hidung atau turun ke bahagian belakang tekak.
  • Suhu tinggi dan/atau menggigil (demam).

Remedi Homeopati untuk Resdung (Sinus)

  1. Belladona
  2. Pulsatilla
  3. Kali Bichiromicum
  4. Silicea
  5. Nat Muraticum
  6. Hydrastis
  7. Lemna Minor
  8. Hepar Sulp
  9. Arsenicum Alb
  10. Mercurius Sol
Selain homeopati, kaedah akupuntur juga boleh digunakan bagi membantu gejala-gejala resdung. titik-titik akupuntur membantu melancarkan darah disamping mengurangkan sakit dan ketidakselesaan akibat hidung tersumbat dan polip. 

Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...