Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

Perbezaan Rhinitis dan Sinusitis??

Redung adalah masalah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Tahukah anda terdapat 2 jenis resdung yang berbeza iaitu Rhinitis dan Sinusitis.  Sinusitis melibatkan tisu yang melapisi rongga sinus. Rhinitis adalah keradangan membran mukus hidung. Ia kadangkala akibat alahan yang dikenali sebagai rinitis alergi (hay fever). Peningkatan sensitiviti kepada alergen seperti asap, perubahan suhu atau penggunaan berlebihan semburan hidung dekongestan juga boleh menyebabkan rinitis. Simptom rhinitis yang tidak dirawat dan dikawal boleh menyebabkan masalah Sinusitis. Remedi Homeopati yang biasa digunakan untuk rhinitis seperti Natrium Mur, Allium Cepa, Sabadila, Ars Alb, Euphrasia, Kali Bich, Arundo dll.

Resdung (Sinusitis)

Apa itu sinusitis? Sinusitis adalah keradangan tisu yang melapisi ruang berongga di dalam tulang pipi, sekitar mata dan di belakang hidung yang dikenali sebagai sinus. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman berlarutan daripada jangkitan virus seperti selesema biasa. Sinus disambungkan ke hidung melalui tiub sempit dan fungsinya adalah untuk memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang kita sedut dalam perjalanan ke paru-paru, dan untuk membantu membentuk bunyi tertentu semasa pertuturan. Sinus juga menghasilkan cecair (lendir) yang mengalir keluar dari saluran sempit dalam hidung, memastikan ia bersih dan bebas daripada bakteria, alergen, dan kuman lain. Apabila terdapat keradangan tisu sinus, tiub sempit menjadi tersumbat. Ini menghentikan lendir mengalir keluar dari hidung yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan di muka apabila tekanan di dalam sinus meningkat. Sinus yang tersumbat mewujudkan persekitaran di mana bakteria mungkin membesar, menyebabkan jangkitan. Sinusit...

Senggugut / Dysmenorrhea -Homeopati & Akupuntur.

Dysmenorrhea atau senggugut berlaku apabila seorang wanita berasa sakit di bahagian perut, paha, belakang dan kaki. Kesakitan seperti ini sangat biasa semasa haid. Walaupun ramai menganggap ini sebagai masalah biasa, kesakitan dan kekejangan yang melampau tidak sepatutnya dipandang ringan. Sifat dan rasa sakit adalah berbeza daripada seorang wanita ke wanita yang lain. Bagi sesetengah wanita kesakitan adalah ringan. Namun ada sebahagian wanita mengalami senggugut yang mungkin sangat teruk sehingga seseorang terpaksa berada di atas katil. Sesetengah wanita mengalami kekejangan dan ada pula yang hanya merasa tidak selesa ketika haid. Dalam sesetengah kes, sakit dibahagian perut atau bahagian bawah abdomen.  Terdapat juga simptom lain yang menyebabkan ketidakselesaan sehingga boleh menggangu kehidupan harian antaranya, loya dan muntah, sakit kepala, sakit dibahagian belakang pinggang dan kaki, serta hilang selera makan. Oleh kerana masalah ini dianggap biasa oleh semua wanita, kerap k...
 

Kenapa Homeopati Istimewa?

Pertama sekali homeopati merawat setiap individu secara menyeluruh (individual) dan bukan untuk gejala individu. Konsep "treat the patient, not the disease" menunjukkan bagaimana homeopati mementingkan kesihatan individu secara menyeluruh dan bukan hanya gejala-gejala tertentu atau penyakit sahaja. Dengan mengambilkira setiap orang sebagai satu entiti, ia membantu mencapai penyembuhan yang lebih baik, lebih komprehensif dan tahan lama berbanding perubatan lain. Kedua, dalam homeopati hanya sejumlah kecil bahan ubat digunakan. Ubat-ubatan ini adalah selamat dan lembut walaupun untuk kanak-kanak dan bayi kerana ia tidak mengandungi toksik dan tidak mempunyai kesan sampingan. Setiap ubat homeopati telah di ujikaji ke atas manusia yang sihat dan bukan haiwan. Akhirnya dan yang paling penting ialah homeopati membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi badan (vital force). Tubuh manusia mempunyai kecenderungan untuk melawan mikroorganisma dan hanya apabila pertahanan kita l...

Kesihatan Wanita Dan Homeopati

     Homeopati ialah sistem perubatan semula jadi yang telah diuji sejak lebih dua abad. Ia melihat kesihatan sebagai keseimbangan minda, badan, dan roh, berasaskan prinsip bahawa badan mempunyai keupayaan semula jadi untuk menyembuhkan dirinya sendiri. Remedi homeopati dihasilkan melalui proses pencairan bahan semula jadi (potentization) bagi merangsang mekanisme penyembuhan badan sendiri. Apa yang membezakan homeopati ialah pendekatannya yang lembut, individu dan tidak invasif terhadap penjagaan kesihatan. Remedi Homeopati adalah selamat dan lembut yang boleh digunakan pada semua peringkat kehidupan wanita      Tubuh wanita akan melalui pelbagai pengalaman unik sepanjang kehidupan termasuk akil baligh, kehamilan, bersalin, menopaus dan banyak lagi. Selain itu, wanita hari ini amat sibuk dalam menguruskan kerjaya serta membesarkan keluarga menyebabkan kehidupan harian wanita dalam masyarakat hari ini boleh menjadi sangat tertekan dan sibuk. Wanita masa ...

MOTHER'S KIT (SET LEPAS BERSALIN) HOMEOPATI

 Set Lepas Bersalin ini di rumus khas menggunakan remedi Homeopati untuk ibu-ibu selepas melahirkan atau menjalani proses kelahiran. Sesuai untuk proses kelahiran samada normal atau pembedahan @ cesarian section (c-sect). Rumusan daripada Nur House of Wellness ini lengkap daripada awal proses kelahiran hingga selesai tempoh berpantang. Boleh dapatkan set ini sekarang di :- Nur House Of Wellness. No 46-G, Jalan Bandar Senawang 4,  Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang Negeri Sembilan. Untuk tempahan boleh hubungi :-  016-6641012 / 06-6787812

SELAMAT MEYAMBUT HARI KEPUTERAAN KE-76 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

 

Homeopati dan Jaundis@Kekuningan Pada Bayi Baru Lahir (Neonatal)

Jaundis neonatal ialah perubahan warna kuning pada kulit dan mata bayi yang baru lahir. Jaundis neonatal berlaku kerana darah bayi mengandungi lebihan bilirubin, pigmen kuning sel darah merah. Jaundis neonatal adalah keadaan biasa, terutamanya pada bayi yang dilahirkan sebelum kehamilan 38 minggu (bayi pramatang) dan beberapa bayi yang diberi susu ibu. Jaundis neonatal biasanya berlaku kerana hati bayi tidak cukup matang untuk menyingkirkan bilirubin dalam aliran darah. Dalam sesetengah bayi, penyakit yang mendasari boleh menyebabkan jaundis bayi. APAKAH TANDA DAN GEJALA JAUNDIS NEONATAL Tanda Jaundis Neonatal Tanda yang paling biasa ialah menguning pada kulit dan sklera (putih mata). Penyebaran kekuningan kulit terutamanya bermula di kepala dahulu selepas itu merebak ke dada, perut, lengan, dan kaki. Gejala jaundis neonatal adalah: Bayi kurang menyusu Najis berwarna kuning pucat, terutamanya bayi yang disusukan harus mempunyai najis berwarna kehijauan kehitaman, manakala najis bayi ya...

HOMEOPATHY DI RUMAH

Kit Homeopati mengandungi remedi-remedi yang boleh anda gunakan secara akut di rumah atau semasa dalam perjalanan untuk mengurangkan gejala biasa seperti lebam,jatuh, selsema dan loya. Menggunakan remedi yang betul boleh menghilangkan gejala dengan cepat dan ia berkesan terutama untuk kanak-kanak. Homeopati juga selamat digunakan oleh ibu mengandung, semasa menyusu badan dan untuk warga emas. Aconite- Ubat ini digunakan untuk gejala yang timbul secara tiba-tiba, dan kebimbangan yang teruk. Ia berkesan untuk semua jenis masalah kesihatan yang berlaku selepas terdedah kepada keadaan cuaca sejuk, berangin dan kering. Ini adalah remedi pertolongan cemas yang ideal untuk batuk, selsema, demam dan selesema. Aconite juga digunakan semasa serangan panik. Belladonna adalah ubat yang sangat baik untuk demam, kulit seseorang menjadi panas dan merah serta sakit berdenyut. Ubat ini membantu meredakan demam dan mengeluarkan peluh. Ubat ini sesuai untuk keadaan seperti heatstroke dan sakit kepala. Ar...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024