Skip to main content

HOMEOPATHY DI RUMAH

Kit Homeopati mengandungi remedi-remedi yang boleh anda gunakan secara akut di rumah atau semasa dalam perjalanan untuk mengurangkan gejala biasa seperti lebam,jatuh, selsema dan loya. Menggunakan remedi yang betul boleh menghilangkan gejala dengan cepat dan ia berkesan terutama untuk kanak-kanak. Homeopati juga selamat digunakan oleh ibu mengandung, semasa menyusu badan dan untuk warga emas.




Aconite- Ubat ini digunakan untuk gejala yang timbul secara tiba-tiba, dan kebimbangan yang teruk. Ia berkesan untuk semua jenis masalah kesihatan yang berlaku selepas terdedah kepada keadaan cuaca sejuk, berangin dan kering. Ini adalah remedi pertolongan cemas yang ideal untuk batuk, selsema, demam dan selesema. Aconite juga digunakan semasa serangan panik.

Belladonna adalah ubat yang sangat baik untuk demam, kulit seseorang menjadi panas dan merah serta sakit berdenyut. Ubat ini membantu meredakan demam dan mengeluarkan peluh. Ubat ini sesuai untuk keadaan seperti heatstroke dan sakit kepala.

Arsenicum boleh digunakan untuk muntah dan cirit-birit, terutamanya daripada keracunan makanan, jangkitan virus atau cirit-birit pengembara. Anda mungkin memerlukan reemdi ini apabila berasa dahaga dan sejuk, dan mengalami rasa sakit seperti sensasi terbakar (burning pain)

Arnica adalah remedi terbaik untuk lebam, kecederaan atau trauma. Ia membantu melegakan kesakitan dan bengkak. Ia boleh diambil secara dalaman atau digunakan secara luaran pada kulit sebagai losyen atau krim.

Kali bich sangat bagus untuk digunakan dalam keadaan sejuk.Boleh melegakan selsema dengan lelehan hidung yang pekat. Lendir berwarna kuning dan mngkin juga disetai darah. Boleh digunakan untuk resdung.

Ipecacuana adalah Remedi ini digunakan untuk masalah batuk berkahak. Kanak-kanak yang perlu memuntahkan kahak untuk mendapat kelegaan. Selain itu apabila loya adalah gejala utama, Ipecac akan membantu–ia adalah remedi yang baik untuk gangguan perut, terutamanya apabila loya berterusan dan gejala kembali sejurus selepas muntah.

Chamomilla sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil yang mendapat gejala sakit kolik disertai marah dan tidak boleh dipujuk. Kanak-kanak mahu digendong dan digoyang sentiasa dan ini mungkin memberikan sedikit kelegaan sementara. Chamomilla adalah ubat utama untuk cirit-birit dan sakit usus atau demam yang berlaku semasa tumbuh gigi, terutamanya apabila kemarahan yang tidak dapat diatasi itu muncul. 



Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...