SEJARAH AWAL Homeopati datang ke Malaysia melalui askar British namun tidak disebarkan secara meluas. Homoeopati dibawa masuk dan diperkenalkan di tanah Melayu oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy apabila beliau pulang ke Malaya pada tahun 1929. Beliau merupakan graduan daripada Ismaeliah Medical College, New Delhi. Dr. Burhanuddin seorang yang bergiat cergas dalam organisasi politik dan agama, salah seorang pengasas Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pernah menjawat jawatan presiden Partai Islam Se Malaysia (PAS) pada waktu itu. Pada tahun 1937, Dr Burhanuddin telah membuka gedung Homeopati bersama dengan Prof. Dr. Rajah di Singapura dan Johor Bharu. Oleh kerana kesibukan menguruskan aktiviti keagamaan dan politik di tanah air, sehingga tahun 1942 usaha beliau terhenti seketika. Tahun 1952, beliau kembali menyambung usaha mengamalkan Homeopati di kalangan sahabat handai dan keluarga. Beliau juga berusaha mengumpulkan penuntut untuk mempelajari bidang Homeopati s...
Nur House of Wellness (NS0133984-P) – Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari untuk Kesejahteraan Menyeluruh. Nur House of Wellness (NS0133984-P) menawarkan rawatan Tradisional dan Komplementari seperti Homeopati, Akupuntur, Bekam dan terapi semula jadi bagi membantu keseimbangan tubuh, minda dan emosi. "Menjaga kesihatan, menyubur kehidupan"