Skip to main content

Resdung


Merawat Resdung (Sinusitis) Melalui Homeopathy,Akupuntur & Bekam.

Di Pusat Rawatan Homeopathy Akupuntur Shazi, kami menyediakan rawatan Homeopathy,Akupuntur dan Bekam untuk membantu anda menghilangkan ulat/hama resdung yang bermaharajalela dalam tubuh anda. Resdung tidak mengenal erti belas kasihan kerana ia akan menggigit dan menjamah tubuh anda hingga anda merana dan menderita dan tidak tahan lagi menahan kesakitan. Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita.

Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

APA ITU PENYAKIT RESDUNG?

RESDUNG atau seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

PUNCA RESDUNG

Antibodi yang lemah mengakibatkan tahap kepekaan seseorang itu semakin tinggi apabila terdedah kepada alergi (alahan) cuaca sejuk, makanan gatal, sea-food, alat-alat kosmetik, asap kenderaan, kekotoran alam sekitar, faktor keturunan juga menyebabkan penyakit resdung.

ORGAN SASARAN PENYAKIT RESDUNG?

Resdung biasa menyerang tubuh manusia seperti hidung, mata, telinga, tekak, kerongkong, usus, perut, anus, otak, jantung, limpa, muka, paru-paru dan rambut. Rawat sebelum terlewat!

TANDA-TANDA MENGHIDAP RESDUNG

*Rasa gatal-gatal pada bahagian muka,mata,telinga,hidung dan kulit.

*Kerap bersin, selsema dan hidung tersumbat

*Alah kepada makanan laut, habuk dan perubahan cuaca.

*Tekak berlendir, berkahak dan berbau.

*Hidung berdarah dan bernanah.

*Sesak nafas atau lelah

*Deria kurang berfungsi

*Sakit dan bernanah dirongga pipi

*Jerawat nanah dan berdarah *Migrain, rambut gugur dan penglihatan kabur.

*Terasa hendak demam diwaktu petang dan malam. Sudah mencuba pelbagai rawatan tetapi masih lagi menghadapi masalah resdung ?

Cubalah rawatan Alternatif melalui pusat rawatan alternatif NUR HOUSE OF WELLNESS, Hubungi saya untuk temujanji.

Selasa-Ahad : 9 pagi-5 petang (Ramadhan)

Comments

  1. Berapa lama rwatan ni d lakukan dan berapa bayaran yg dikenakn?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Biasanya tempoh rawatan 30 minit
      akupuntur rm30
      homeopathy rm60

      Delete
  3. salam...bolehkah homeopathy / akupunktur merawat masalah syahwat lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh. homeopathy & akupunktur blh digabungkan untuk merawat masalah tersebut.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

HOMEOPATHY UNTUK BAYI

Bayi adalah anugerah tuhan kepada kita dan merupakan amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Adalah menjadi sifat semulajadi bagi bayi yang baru lahir itu cepat terdedah pada serangan penyakit kerana imun tubuh mereka masih lemah dan dalam peringkat membangun. Apabila bayi mendapat penyakit, maka pihak ibubapa haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mereka agar ianya tidak melarat menjadi lebih kronik. Amat jarang dikalangan ibubapa untuk mengetahui bahawa selain dari perubatan biasa, sistem perubatan Homeopathy mempunyai rangkaian ubat yang sesuai dan serasi dengan sebarang masalah penyakit bayi. Homeopathy sebenarnya adalah satu sistem perubatan yang lengkap. Ianya diasaskan oleh Prof. Dr. Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan amat popular dikalangan orang-orang bangsawan di negara barat. Ubat Homeopathy diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti bunga lilly, bunga matahari, pokok Chamomille dan sebagainya. Hampir 80% ubat-ubatan da...

Pakej Akupuntur terapeutik & Kosmetik

Penjimatan hebat bagi perkhidmatan akupuntur terapeutik dan kosmetik akupuntur!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!!! Hubungi kami segera untuk tempah temujanji anda sekarang! #nurhouseofwellness #homeopati #homeopathy #akupuntur #akupunturhosmetik #acupunture #bekam #cuppingtheraphy #hijamah