Skip to main content

Posts

My Home-O Kit - Kit Kecemasan Homeopati!

 ðŸ©º Kit Kecemasan Homeopati di Rumah – Solusi Semulajadi untuk Kecemasan Harian! 🌿 Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi kecemasan kecil di rumah secara semulajadi dan selamat? Kit kecemasan homeopati, My Home-O Kit daripada Nur House Of wellness adalah pilihan terbaik untuk keluarga yang mahu penjagaan kesihatan lembut, berkesan dan tanpa bahan kimia berbahaya. 🔹 Apa itu My Home-O Kit? Ia adalah himpunan remedi homeopati yang digunakan untuk merawat kecederaan ringan, demam, selsema, luka, sakit kepala, cirit-birit, dan lain-lain – semuanya dari pendekatan semulajadi dan lembut. 🔹 Remedi dalam My Home-O Kit : ✅ Arnica montana – untuk lebam dan kecederaan tisu lembut ✅ Aconitum napellus – untuk kejutan atau demam yang datang secara tiba-tiba ✅ Arsenicum Album  – untuk keracunan dan allergy. ✅ Belladonna – untuk demam panas mendadak, sakit kepala ✅ Kali Bich - Selsema dan Hidung Tersumbat. ✅ Ipecacuanha  – untuk batuk berkahak, loya dan muntah. ✅ Ch...

Pakej Akupuntur terapeutik & Kosmetik

Penjimatan hebat bagi perkhidmatan akupuntur terapeutik dan kosmetik akupuntur!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini!!! Hubungi kami segera untuk tempah temujanji anda sekarang! #nurhouseofwellness #homeopati #homeopathy #akupuntur #akupunturhosmetik #acupunture #bekam #cuppingtheraphy #hijamah  

PAKEJ ISTIMEWA RAMADHAN 2025!!!

Hubungi kami di talian 06-6787812 (waktu operasi) atau 016-6641012 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Promosi sah sepanjang bulan ramadhan.   

Salam Ramadhan 1446h/2025

 

Perbezaan Rhinitis dan Sinusitis??

Redung adalah masalah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Tahukah anda terdapat 2 jenis resdung yang berbeza iaitu Rhinitis dan Sinusitis.  Sinusitis melibatkan tisu yang melapisi rongga sinus. Rhinitis adalah keradangan membran mukus hidung. Ia kadangkala akibat alahan yang dikenali sebagai rinitis alergi (hay fever). Peningkatan sensitiviti kepada alergen seperti asap, perubahan suhu atau penggunaan berlebihan semburan hidung dekongestan juga boleh menyebabkan rinitis. Simptom rhinitis yang tidak dirawat dan dikawal boleh menyebabkan masalah Sinusitis. Remedi Homeopati yang biasa digunakan untuk rhinitis seperti Natrium Mur, Allium Cepa, Sabadila, Ars Alb, Euphrasia, Kali Bich, Arundo dll.

Resdung (Sinusitis)

Apa itu sinusitis? Sinusitis adalah keradangan tisu yang melapisi ruang berongga di dalam tulang pipi, sekitar mata dan di belakang hidung yang dikenali sebagai sinus. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman berlarutan daripada jangkitan virus seperti selesema biasa. Sinus disambungkan ke hidung melalui tiub sempit dan fungsinya adalah untuk memanaskan, melembapkan dan menapis udara yang kita sedut dalam perjalanan ke paru-paru, dan untuk membantu membentuk bunyi tertentu semasa pertuturan. Sinus juga menghasilkan cecair (lendir) yang mengalir keluar dari saluran sempit dalam hidung, memastikan ia bersih dan bebas daripada bakteria, alergen, dan kuman lain. Apabila terdapat keradangan tisu sinus, tiub sempit menjadi tersumbat. Ini menghentikan lendir mengalir keluar dari hidung yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan di muka apabila tekanan di dalam sinus meningkat. Sinus yang tersumbat mewujudkan persekitaran di mana bakteria mungkin membesar, menyebabkan jangkitan. Sinusit...

Senggugut / Dysmenorrhea -Homeopati & Akupuntur.

Dysmenorrhea atau senggugut berlaku apabila seorang wanita berasa sakit di bahagian perut, paha, belakang dan kaki. Kesakitan seperti ini sangat biasa semasa haid. Walaupun ramai menganggap ini sebagai masalah biasa, kesakitan dan kekejangan yang melampau tidak sepatutnya dipandang ringan. Sifat dan rasa sakit adalah berbeza daripada seorang wanita ke wanita yang lain. Bagi sesetengah wanita kesakitan adalah ringan. Namun ada sebahagian wanita mengalami senggugut yang mungkin sangat teruk sehingga seseorang terpaksa berada di atas katil. Sesetengah wanita mengalami kekejangan dan ada pula yang hanya merasa tidak selesa ketika haid. Dalam sesetengah kes, sakit dibahagian perut atau bahagian bawah abdomen.  Terdapat juga simptom lain yang menyebabkan ketidakselesaan sehingga boleh menggangu kehidupan harian antaranya, loya dan muntah, sakit kepala, sakit dibahagian belakang pinggang dan kaki, serta hilang selera makan. Oleh kerana masalah ini dianggap biasa oleh semua wanita, kerap k...