HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Saturday, July 5, 2025

SINUSITIS & ALLERGIC RHINITIS BUKAN MASALAH YANG SAMA!

 

📌 TAHUKAH ANDA? SINUSITIS & ALLERGIC RHINITIS BUKAN MASALAH YANG SAMA!

Walaupun simptomnya kelihatan serupa, sinusitis (resdung) dan allergic rhinitis berlaku akibat punca yang berbeza dan memerlukan remedi yang berbeza juga.


🤧 ALLERGIC RHINITIS (ALAHAN HIDUNG)

📍Punca:
✔️ Tindak balas sistem pertahanan tubuh terhadap alergen seperti habuk, debunga, bulu haiwan atau kulat
✔️ Sering berlaku secara bermusim (seasonal) atau sepanjang tahun (perennial)

🔍 Simptom Utama:
• Bersin berulang, terutama waktu pagi
• Hidung berair & jernih
• Gatal di hidung, mata & tekak
• Mata berair dan merah
• Hidung tersumbat tanpa lendir tebal
• Simptom akan bertambah bila terdedah kepada pencetus (allergen)


😣 SINUSITIS (RESDUNG)

📍Punca:
✔️ Jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan keradangan pada rongga sinus
✔️ Lendir tidak dapat keluar → menyebabkan tekanan, sakit & bau

🔍 Simptom Utama:
• Sakit di bahagian muka, dahi, mata atau rahang
• Hidung tersumbat dengan lendir pekat (kuning/hijau)
• Deria bau menurun
• Nafas berbau
• Sakit kepala / tekanan di muka
• Boleh jadi kronik atau akut (jangka pendek)


🧠 KENAPA PENTING UNTUK TAHU PERBEZAANNYA?

Berdasarkan perbezaan simptom remedi homeopati turut berbeza. Ini kerana Homeopati merawat melalui kaedah "totality of symptoms" secara keseluruhan..

No comments:

Post a Comment