********************************************************************************
Sistem perubatan homeopati mempunyai prinsip-prinsip asas yang unik yang tidak terdapat pada perubatan lain. Terdapat 6 prinsip asas utama di dalam perubatan Homeopati, iaitu:-
1) Prinsip Keserasian (LAW OF SIMILAR)
Falsafah Homeopati iaitu Similia Similibus Currentur yang bermaksud sama dengan sama menyembuhkan. Ini adalah prinsip yang perlu dipegang oleh setiap pengamal Homeopati seperti yang dinyatakan didalam ORGANON OF MEDICINE.
Berpegang pada prinsip ini, setiap penawar yang diberikan mengikut simptom-simptom ubat yang hampir sama atau melahirkan tanda-tanda serupa jika diberikan kepada org sihat.
Semua perawatan daripada sekecil-kecil penyakit selsema, resdung, cirit-birit kepada penyakit-penyakit berat seperti HIV, Hepatitis B, Ketumbuhan atau Barah, mestilah mengikut gejala penyakit yang berpandukan kepada undang-undang keserasian.
2) Prinsip Ujikaji Penyakit ( LAW OF PROVING)
Berdasarkan prinsip ini setiap ubat atau remedi didalam Homeopati perlu menjalani ujikaji. Di dalam Homeopati, setiap ujikaji ubat dilakukan terhadap manusia yang sihat terlebih dahulu. Rasionalnya, ubat yang diberikan kepada manusia perlulah diujikaji terhadap manusia dan bukan haiwan kerana haiwan dan manusia berbeza dari segi anatomi dan fisiologinya.
Berdasarkan amalan Homeopati untuk mendapatkan ubat yang tepat setiap ujikaji mestilah dijalankan terhadap manusia yang sihat.
Sesetangah ubat boleh dimakan oleh manusia tetapi jika diberi kepada haiwan, ia boleh menyebabkan kematian kepada haiwan tersebut. Begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, homeopati menekankan bahawa hanya ubat-ubat yang diujikaji terhadap manusia sahaja, wajar diberikan kepada manusia.
3) Prinsip Dos Tunggal (LAW OF SINGLE DOSE)
Didalam sistem perubatan homeopati, hanya SATU ubat boleh dimakan dalam satu waktu. Sebab itu, jika perhatikan kenapa ubat-ubat homeopati mesti dimakan jarak dalam 4 jam dan tidak dimakan serentak dalam satu waktu.
Ini bertujuan supaya kesan satu-satu ubat itu tidak di anti dotal antara satu sama lain.
4) Prinsip Dos Minima (LAW OF MICRO DOSE)
Di dalam Organon para 159 Hahnemann menyatakan:“Semakin halus dos penawar Homeopathy di dalam rawatan penyakit akut semakin sedikit dan singkat bentannya di jam-jam pertama.”
Sebelum Hahnemann menemui perubatan Homeopati, beliau mendapati kandungan ubat yang diberikan kepada pesakit dalam keadaan mentah dan kasar (crude). Setelah penelitian, Ubat jenis ini tidak selamat dan banyak menimbulkan kesan sampingan.
Maka disebabkan itu, hasil kajian Hahnemann menetapkan bahawa Setiap ubat homeopati, wajib melalui proses potensasi supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Ini akan menghasilkan ubat yang selamat dan tanpa kesan sampingan.
Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa yang menyatakan bahawa ukuran ubat homeopati dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor homeopati telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam homeopati memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 200 tahun yang silam.
Sehingga kini lebih ramai manusia menaruh harapan dan keyakian yang besar kepada keupayaan penyembuhan dalam ubat-ubat homeopati
Didalam Homeopati ubat-ubat yang mengandungi 'racun' atau yang labelnya ditulis 'racun', samasekali dilarang keras untuk kengunaan manusia kerana dalam Islam setiap racun adalah haram dimakan.
5) Prinsip Tenaga hayat (LAW OF VITAL FORCE)
Mengikut sistem perubatan Homeopati, kita menekankan bahawa penyembuhan dilakukan secara menyeluruh. Ini bermakna penyakit harus dirawat hingga ke akar umbi. Setiap pengamal Homeopati perlu mencari punca dan sedaya upaya menyembuhkan setiap keabnormalan yang ada pada tubuh.Teori Vital Force ini, menerangkan bahawa setiap keabnormalan yang terjadi pada tubuh badan seseorang adalah disebabkan gangguan pada tenaga hayat atau vital force. Gangguan pada tenaga hayat akan ditunjukkan melalui gejala-gejala kesakitan dan simptom-simptom penyakit oleh tubuh manusia. Dengan ini setiap perawat harus mencari dan memberikan remedi sesuai untuk meningkat tenaga hayat.
Dalam homeopati penyakit , bukanlah apa-apa, melainkan, ianya adalah gangguan tenaga hayat atau tenaga hayat yang tidak stabil, maka timbulah apa yang dikenali sebagi penyakit.
Ubat-ubat homeopati yang halus dan berseni amat sesuai diserap dalam badan manusia yang lemah agar ia cepat segar dan sihat.
6) Prinsip Arah Penyembuhan Penyakit (DIRECTION OF CURE)
Perubatan Homeopati mempunyai kaedah tersendiri untuk memahami bagaimana tindakbalas ubat dan bagaimana untuk mengetahui bahwa setiap penyakit keluar dari tubuh. Melalui prinsip ini, setiap perawat akan mengenalpasti bahawa pesakit sedang melalui proses peyembuhan.
Mngikut Perubatan Homeopati, arah penyembuhan terdiri daripada: Dari Atas Kebawah, Dari Dalam Keluar, Dari Organ Penting Kepada Organ Kurang Penting, Dari Kanan Ke Kiri.
Homeopati juga tidak memberikan sebarang ubat jenis sapuan kerana ini akan memendapkan (suppressed) penyakit ke dalam tubuh. Untuk mendapatkan kesembuhan total, perkara ini perlulah dielakkan.
No comments:
Post a Comment