Skip to main content

~ AKUPUNKTUR - TERAPI KESIHATAN DAN KECANTIKAN ~



Akupunktur adalah satu sistem perubatan tradisional cina yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Terapi ini dipercayai telah digunakan oleh masyarakat zaman kuno seperti di Mesir, India dan China. Namun kredit telah diberikan kepada China kerana telah diamalkan secara meluas oleh masyarakt di China dan merekalah yang telah mula mengkaji serta mendokumentasi tentang Akupunktur.
Kaedah terapi Akupunktur ialah dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapeutik. Terapi akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun. Terdapat 365 ttitk(point) utama pd tubuh badan manusia yang terbahagi kepada 14 meridian.


Terapi Akupunktur ini telah diluluskan oleh WHO (World Health Organisation) dan terbukti keberkesanannya dalam menghilangkan kesakitan dan tujuan terapeutik .Kini akupuntur sudah diterima pakai di Barat secara meluas. Di Amerika saja, lebih 18,000 pengamal akupuntur berdaftar. Di Malaysia pula, sistem ini telah mula meluas di kalangan masyarakat Melayu khususnya. 

Jarum Akupunktur

Jarum Akupunktur hari ini diperbuat daripada besi tahan karat (stainless steel) dan juga terdapat dalam pelbagai saiz. Jarum akupunktur amat berbeza dgn jarum biasa. Jarum akupunktur sangat halus.

Fakta tentang Jarum Akupunktur

  • jarum sangat halus 
  • jarum akupunktur tidak menyakitkan
  • bersih dan selamat daripada kuman dan bakteria
  • Jarum pakai buang (disposable needle)
  • tiada kesan sampingan
  • tidak menggunakan dadah atau ubat
Keistimewaan Akupunktur

Akupunktur sangat bagus dalam merawat masalah berkaitan saraf. Tusukan jarum tersebut akan merangsang chi (qi) iaitu tenaga penyembuhan secara semulajadi. Akupunktur dikatakan akan melancarkan perjalanan darah didalam tubuh.

Antara penyakit yang boleh menggunakan teknik akupunktur termasuklah :

  • trigeminal neuralgia (sakit pada bahagian muka), 
  • bell's palsy
  • gout
  • stroke/angin ahmar 
  • rheumatism ( sakit sendi)
  • tinnitus / kurang pendengaran
  • migrain /sakit kepala
  • sakit saraf
  • sakit pinggang / lumbago
  • sakit lutut
  • vertigo
  • terseliuh
  • frozen shoulder / sakit belikat
  • kebas (numbness)
  • kejang otot

Selain itu gemuruh, berdebar, insomnia kesan daripada kecederaan,gastrik, fibroid, kesuburan,  dan pelbagai lagi penyakit lain juga boleh dibantu dengan akupunktur.

Kosmetik Akupunktur



 Akupunktur hari ini telah digunakan secara meluas dalam bidang Kecantikan.Masih amat baru di Malaysia namun teknik ini terbukti berkesan dalam mengekalkan kecantikan. Akupunktur boleh membantu dalam perawatan muka, menegangkan kulit, merawat kedutan, jerawat, dll. 

Akupunktur juga membantu dalam menurunkan berat badan (slimming). Tusukan jarum ditambah pula dengan rangsangan elektrik (electrical stimulator) akan memberi efek pembakaran lemak dan pengurusan berat badan.

UNTUK INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI 019-2185300 ( Dr(H) Shafiqa)





Comments

Popular posts from this blog

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

Pemakanan yang perlu dielakkan untuk penghidap GERD atau Refluks!

  🔥 Makanan Pedas & Berempah Kuat Sambal, kari, cili kering, serbuk lada hitam (Pedas boleh merangsang pengeluaran asid perut lebih banyak) 🍋 Makanan / Minuman Masam Buah sitrus (limau, oren, lemon) Tomato, sos tomato Minuman berkarbonat / bergas (Acidic → meningkatkan iritasi esofagus) ☕ Minuman Berkafein Kopi, teh pekat, minuman tenaga (Kafein melemahkan injap LES) 🍫 Coklat Mengandungi kafein & theobromine yang melonggarkan LES 🍗 Makanan Berlemak / Goreng Ayam goreng, burger, fast food, makanan segera (Lemak lambat dihadam → meningkatkan tekanan dalam perut) 🍷 Alkohol & Merokok Mengganggu fungsi LES dan iritasi esofagus 🧅 Makanan Lain yang Sering Jadi Pencetus Bawang putih / bawang mentah Keju berlemak tinggi Pudina / peppermint 💡 Tips Tambahan: Elakkan makan terlalu banyak sekaligus; ambil hidangan kecil tapi kerap . Jangan berbaring / tidur dalam masa 2-3 jam selepas makan. Tinggikan kepala s...

🌿 Morning Sickness: Kenapa Berlaku & Remedi yang Membantu

 🤰✨ Morning Sickness: Apa Remedy Homeopati yang Sesuai? Morning sickness biasanya berlaku pada awal kehamilan, terutama 6–12 minggu. Ada ibu yang alami loya ringan, ada juga yang muntah teruk sampai susah nak makan. ✨ Kenapa Morning Sickness Terjadi? • Perubahan hormon hCG & estrogen tinggi • Deria bau jadi terlalu sensitif • Perut kosong terlalu lama • Tekanan & keletihan Berikut antara homeopathic remedies yang sering membantu mengikut simptom: 🌿 1. Symphoricarpus Racemosa Remedy paling sesuai bila: • Makan sikit pun terus muntah • Mual sepanjang hari • Tak boleh bau makanan langsung • Lebih baik bila baring 🌿 2. Ipecacuanha • Mual berterusan tanpa lega walaupun selepas muntah • Air liur banyak, rasa nak muntah sepanjang masa • Pening + loya serentak 🌿 3. Sepia • Mual + pening • Sensitif bau makanan • Rasa kosong di perut, cepat marah, letih 🌿 4. Pulsatilla • Loya terutama waktu petang • Perut kembung, cepat kenyang • Suka tempat sejuk / angi...