Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang rasa bimbang dan cemas terhadap sesuatu perkara. Pada mulanya mungkin ia adalah situasi yang normal namun adakah kita sedar bahawa masalah ini boleh menjadi semakin buruk jika ia tidak dikawal.
Cemas, gelisah atau bimbang atau dipanggil Anxiety merupakan perasaaan tidak senang atau distress tentang sesuatu seperti contoh kebimbangan atau keraguan tentang masa depan. Masalah anxiety atau kegelisahan berlaku oleh kerana perasaaan bimbang yang ekstrim tanpa sebarang sebab yang nyata. Sensasi aprehensi dan kebimbangan yang abnormal biasanya disertai simptom-simptom fizikal seperti ketegangan, tremor, berpeuh, palpitasi atau berdebar, kadar denyutan nadi meningkat, gangguan pada tidur dan selera makan.
Anxiety boleh dirasakan di bawah pelbagai situasi contohnya ketika bersendirian, sesudah makan atau minum, semasa bekerja dengan disertai aduan-aduan fizikal dan mental atau sebab-sebab kewangan dan perniagaan. Antara contoh situsi yang biasa berlaku adalah rasa cemas setiap kali berhadapan ingin bercakap dihadapan khalayak ramai atau darah gemuruh. Gelisah dan takut kehilangan orang tersayang atau pekerjaan. rasa cemas bila berada dalam tempat tertutup serta banyak lagi.
Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan depresi dan masalah psikosomatik yang lain. Fobia, hipoglisemia, ketagihan, hipertensi(darah tinggi), dan hiperventilasi juga boleh dikaitkan dengan masalah ini. Hiperventilasi dan alahan makanan boleh meningkatkan darjah kegelisahan.
Bagi mereka yang mempunyai simptom-simptom ini anda boleh mencuba untuk mendapatkan rawatan homeopati. Homeopati telah banyak membantu dalam mengatsi masalah ini..Antara remedi homeopati yang berkesan untuk masalah ini ialah Aconite, Argen nit, Ars Alb, Bell, Lyco, Puls, Kali Phos, Calc. Selain daripada itu, anda juga boleh mncuba terapi akupunktur untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif dan cepat.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat atau pertanyaan..
PUSAT PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (PT&K) HOMEOPATI , AKUPUNKTUR DAN BEKAM. TEL : 06-6787812 /016-6641012 (ws). (Traditional & Complementary Medicine Centre. Homeopathy, Acupuncture & Cupping) a member of Malaysia Registered Homeopathic Practitioner (MRHP) and Pertubuhan Acu-Bekam Malaysia (PABM) NS0133984-P
HUBUNGI KAMI DI SINI :
NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012
No comments:
Post a Comment