HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Friday, July 16, 2010

HOMEOPATI DAN PSIKOLOGI

PRINSIP DAN KONSEP

Sejak 150 tahun yang lalu, Homeopati telah meletakkan emfesis khusus ke atas perawatan kemanusian terhadap masalah sakait mental. Konsep menilai individu secara keseluruhan(totality) hanyalah sebagai pengumpulan bahagian-bahagian anatomikal yang berkait rapat antara satu sama lain sentiasa memainkan peranan penting dalam perawatan Homeopati.
Apa yang paling penting ialah bagi seorang perawat adalah untuk memahami apakah itu penyakit mental. Maka untuk itu, seseorang itu harus memberi sepenuh penghayatan terhadap sikap dan sifat individu.

Mengikut pandangan Homeopati, pesakit yang mengalami masalah psikologikal hanyalah pesakit-pesakit yang mengalami tekanan emosional yang berlebihan. Secara tidak lansung, ia mungkin melahirkan ketidakupayaan fizikal, yang mana tidak memberi apa-apa kesan semasa dalam rawatan yang biasa oleh para konvensional.

Kaedah homeopati adalah untuk mencari penyelesaian dengan menilai keadaan itu dengan cara yang unik dan sistematik; dengan cara menggembelingkan imej konseptualnya dan memilih remedi yang bertepatan konstitusi dan simptomatologinya.

Dalam menanganinya, beberapa pengamal homeopati itu mempunyai beberapa perbezaan tertentu jika dibandingkan ndengan amalan konvensional yang berlandaskan konsep perawatan yang bertentangan dan berorientasikan pemendapan (suppression) simptom.

Secara kontrasnya, Homeopati menentang segala jenis pemendapan simptom-simptom yang hanya mendatangkan apa yang disebut sebagai kelegaan 'relief'. Pada hakikatnya ia boleh menghancurkan masa depan individu tersebut secara fizikal dan spiritualnya.

Jika seseorang pesakit yang mendapatkan rawatan homeopati itu cemas atau meraung kesakitan misalnya, remedi tertentu(yang mana dalam bentuk semulajadinya menimbulkan reaksi seraksi) akan diberikan kepadanya. Keupayaan remedi mengeluarkan simptom-simptom yang seraksi yang mana aksinya positif bagi pesakit berkenaan itulah yang menjadi dasar Homeopati, sama dengan sama itu menyembuhkan.

Pada asasnya simptom-simptom adalah penting kerana ia menunjukkan reaksi normal yang sihat terhadap tekanan dan ketegangan atau boleh diertikan sebagai tanda-tanda vitaliti yang sihat. Seandainya terdapat kelesuan yang teramat, terutamanya bagi golongan yang berumur, keadaan reaksi tersebut mungkin agak lambat. akibat keadaan yang serius mungkin berlaku tanpa sebarang bukti tanda penyakit, misalnya malignasi.

Pengambilan remedi homeopati berupaya membebaskan tenaga hayat yang terperangkap dalam tubuh itu agar kesegaran diri dapat dirasai dengan keunggulan vitaliti, bertenaga dengan sempurnanya.

No comments:

Post a Comment