Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Pengenalan Asas Homeopati

HOMEOPATI adalah sistem perubatan dari Jerman yang berasaskan bahan semulajadi serta mesra alam. Ia semakin popular kerana ubat-ubatan yang digunakan selmat dan bebas daripada bahan kimia berbahaya dan dadah. Homeopati membantu dalam pemulihan penyakit samada akut atau kronik. Perubatan homeopati sesuai untuk semua peringkat umur daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa. Antara jenis-jenis masalah yang boleh dibantu oleh Homeopati ialah batuk berpanjangan, selsema, resdung,  jerawat, demam, tonsil, ekzema, batu karang, gastrik, jaundice dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut : 📱  019-2185300 (H/dr Shafiqa) 📱  019-2185300 (H/dr Shafiqa) 📱  019-2185300 (H/dr Shafiqa) Alamat Kami : No 46-G, Jalan Bandar Senawang 4 Pusat Bandar Senawang Nur House Of Wellness 70450 Senawang Negeri Sembilan

HOMEOAPTI AKUPUNKTUR SHAZI & NUR HOUSE OF WELLNESS

MULAI TAHUN 2016 KAMI DIKENALI DENGAN NAMA  NUR HOUSE OF WELLNESS Dulu kami dikenali sebagai HOMEOPATHY AKUPUNKTUR SHAZI 2012-2016

Homeopati, Akupunktur & Bekam

Berikut ialah alamat kami : NUR HOUSE OF WELLNESS NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4 PUSAT BANDAR SENAWANG 70450 SENAWANG NEGERI SEMBILAN ( Belakang Proton Edar Senawang, sebaris Mr Steak House & Pusat Buku Sinaran) Talian Untuk Hubungi : 019-2185300 (h/dr Shafiqa) Kami menyediakan Khidmat Perubatan Tradisional dan Komplementari seperti berikut                                                                       HOMEOPATI AKUPUNKTUR  KOSMETIK AKUPUNKTUR BEKAM ANGIN  BEKAM DARAH AKUBEKAM INFRARED

PRINSIP ASAS HOMEOPATI

Homeopati merupakan satu sistem perubatan yang holistik dan lengkap dengan kaedah dan tatacara yang perlu diambilkira semasa proses perawatannya. Setiap perawat Homeopati wajib berpegang kepada prinsip-prinsip asas Homeopati dalam proses rawatan untuk mendapatkan kesembuhan sempurna. ******************************************************************************** Sistem perubatan homeopati mempunyai prinsip-prinsip asas yang unik yang tidak terdapat pada perubatan lain. Terdapat 6 prinsip asas utama di dalam perubatan Homeopati, iaitu:- 1) Prinsip Keserasian (LAW OF SIMILAR) Falsafah Homeopati iaitu Similia Similibus Currentur yang bermaksud sama dengan sama menyembuhkan. Ini adalah prinsip yang perlu dipegang oleh setiap pengamal Homeopati seperti yang dinyatakan didalam ORGANON OF MEDICINE. Berpegang pada prinsip ini, setiap penawar yang diberikan mengikut simptom-simptom ubat yang hampir sama atau melahirkan tanda-tanda serupa jika diberikan kepada org sihat. Semua peraw...

Resdung dan titik Akupunktur

Kaedah rawatan Akupunktur boleh melegakan masalah resdung. Mengikut kaedah Perubatan tradisional cina ini, jarum-jarum halus yang diperbuat daripada stainless steel diletakkan pada titik-titik tertentu terutama di bahgaian muka.  Tujuannya adalah untuk menigkatkan tenaga(chi) dalam tubuh. Tenaga ini akan membantu mengutakan tenaha hayat atau pertahanan tubuh seseorang. Akupunktur juga boleh memberikan kelegaan segera kepada pesakit resdung yang kronik. Antara titik-titik akupunktur yang biasa digunakan ialah : Yinxiang(LI20), Bahui (DU20), Zanzhu(UB2), Yintang(EX1) Hegu(LI4), Tinggong(SI19) Titik-titik ini berbeza mengikut kesesuian dan simptom pesakit. Walaubagaimanapun, Akupunktur sahaja tidak mempu memberi penyembuhan yang berkekalan kepada pesakit resdung tanpa dibantu oleh ubat-ubat Homeopati. Gabungan rawatan ini insyaallah boleh memberikan mengatasi masalah ini dengan sepenuhnya.

Perubatan Homeopati & Resdung.

SINUSITIS @ RESDUNG Sinusitis bermaksud bahgaian rongga sinus yang mengalami radangan. Ia mungkin disebabkan jangkitan kuman atau masalah lain. Sinus merupakan kawasan berongga di tulang sekitar hidung. Ia menghasilkan mukus atau lendir yang dikeluarkan melalui hidung. Jika dalam hidung kita bengkak, ini akan menyebabkan sinus tersumbat dan menyebabkan kesakitan. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit yang biasa di temui di Malaysia. Resdung terdapat dalam pelbagai bentuk dan ragam. Resdung tejadi kerana alergi atau alahan. Oleh kerana iklim negara kita yang lembap, hujan, panas dan berdebu menyebabkan gejala ini mudah menyerang rakyat Malaysia. Terdapat banyak gejala sinus atau resdung samada akut, kronik atau berulang(recurrent) Gejala-gejala sinusitis : Selsema Kesukaran bernafas Gatal samada hidung,mata, muka, telinga atau tekak Sakit kepala Nafas berbau Bersin Demam Keletihan Batuk Hidung tersumbat Hilang deria bau Jerawat Sakit sekitar hidung, muka...

Sistem Meridian dan Titik Akupunktur.

SISTEM MERIDIAN Mengikut teori perubatan cina, tubuh badan kita mempunyai jaringan besar yang dipanggil sistem meridian yang menghubungkan beberapa bahagian dan sistem tubuh bersama-sama. Jaringan ini membentuk sebuah peta tubuh yang menyeluruh namun begitu kompleks yang menyalurkan tenaga (chi –qi) untuk setiap bahagian tubuh. Ini seterusnya membantu pengaliran darah dan cecair tubuh, menyeimbangkan yin dan yang , serta melindungi tubuh daripada penyakit. Disepanjang jaringan inilah terdaptnya titik-titik (point) akupunktur, yang menyalurkan tenaga (chi) pada organ dan sistem meridian ke permukaan kulit. Secara umumnya, penyakit boleh dirawat atau disembuhkan apabila tenaga (chi) sistem meridian atau organ yang terlibat berada dalam keadaan seimbang. Setiap perawat akupunktur berusaha untuk mencari titik-titik yang mengawal organ dan meridian ini untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan sihat dan seimbang. Sistem meridian ini terhasil daripada beberapa jaring...

BEKAM DARAH @ HIJAMAH SERTA WAKTU TERBAIK

Mengapa Bekam dikatakan sebagai Sunnah Nabi. Berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Ini seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, antara hadis-hadis yang berkaitan dengan bekam ialah : Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.                 ...

SELAMAT DATANG 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018!