Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

SALAM RAMADHAN 1438/2017

SALAM RAMADHAN diucapkan buat semua yang beragama islam dari kami di  NUR HOUSE OF WELLNESS. Mohon Maaf jika ada salah dan silap tutur kata mahupun perbuatan. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah yang kurang adalah kerana kami hambanya yang lemah. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!

10 FAQ mengenai AKUPUNKTUR

1)Apa itu Akupunktur? Akupunktur merupakah kaedah tusukan jarum pada titik-titik tertentu pada tubuh. Terdapat lebih 365 titik kesemuanya pada tubuh badan. Titik-titik ini akan dipilih berdasarkan masalah yang di hadapi. 2) Adakah Jarum Akupunktur menyakitkan? Tidak, jarum akupunktur amat halus. jika ada rasa sakit, hanya seperti gigitan semut sahaja. 3)Adakah tusukan jarum akupunktur menyebabkan pendarahan? tidak, tusukan jarum ke kulit tidak menyebabkan luka atau berdarah.  4)Adakah akupunktur membatalkan puasa? Tidak, Akupunktur boleh dilakukan bagi mereka yang berpuasa dan tidak membatalkan puasa. 5)Berapa lama proses akupunktur dialkukan? 30-45 minit. 6) Apa kesan-kesan yang boleh dirasai semasa/selepas melakukan akupunktur. Semasa melakukan akupunktur, sesetengah pesakit boleh merasai rasa kebas, berat, berdenyut atau gatal di tempat tusukan jarum.  Selepas akupunktur, terdapat pesakit yang akan mengalami rasa mengantuk, penat, le...

Kolestrol

Apa itu Kolestrol? Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai  lipid ) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada makanan yang bersumberkan haiwan di samping menghasilkan kolesterol sendiri di bahagian hati. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu: Kolesterol LDL ( Low Density Lipoprotein ) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kolesterol HDL ( High Density Lipoprotein ) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung. Apa pentingnya menjaga diet kolestrol? Untuk mencapai dan mengekalkan paras kolesterol dalam julat normal. Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung Terapi diet dapat menurunkan jumlah kolester...