Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

SAKIT KEPALA - BAGAIMANA AKUPUNKTUR MEMBANTU???

KENALI SAKIT KEPALA Hampir semua orang pernah merasai sakit kepala samada kesakitan yang kuat(severe) atau sedikit(mild). Biasanya jika berlakunya masalah ini kita akan mengambil pil tahan sakit. Namun bagi mereka yang telah mengalami masalah ini dengan kerap,ia amat mengganggu aktiviti harian. Sakit kepala boleh bertambah teruk jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan.  Terdapat pelbagai jenis dan gejala sakit kepala antaranya :   SINUS Sakit di bahagian dahi berhampiran mata atau di bahagian tulang pipi. TENSION  Rasa di tekan sekitar dahi hingga belakang kepala seperti (squeezing). CLUSTER Sakit di sekitar dan dalam mata.  MIGRAIN  Sakit berdenyut biasanya di sebelah bahagian kepala disertai rasa mual, sensitif terhadap bunyi atau cahaya dan muntah. Kaedah terapi untuk mengatasi Sakit Kepala: i. BEKAM Bekam darah biasanya dilakukan jika kepala terasa berat dan mengikut kesesuaian. Bekam dilakukan pada bahagia...

Bell Palsy - Kelumpuhan Muka : Pemulihan dengan Akupunktur dan Homeopati.

Apa itu Bell Palsy? Bell Palsy adalah suatu keadaan yang menyebabkan kelemahan sementara atau kelumpuhan otot-otot di muka.   Ia boleh berlaku apabila saraf yang mengawal otot muka anda menjadi radang, bengkak, atau dimampatkan (compressed) Keadaan ini menyebabkan satu bahagian muka anda terasa berat atau menjadi senget.   Anda mungkin menghadapi kesukaran tersenyum atau menutup mata anda pada sebelah terjejas. Dalam kebanyakan kes, Bell palsy adalah sementara dan gejala biasanya hilang selepas beberapa minggu. Walaupun Bell palsy boleh berlaku pada sebarang usia, keadaan adalah lebih biasa di kalangan rakyat peringkat umur 16 dan di antara 60. Bell Palsy dinamakan sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell, yang merupakan orang pertama untuk menggambarkan keadaan. Tanda-tanda Bell Palsy Gejala-gejala Bell palsy boleh membangunkan satu hingga dua minggu selepas anda mempunyai, jangkitan telinga, atau jangkitan mata sejuk.Mereka biasanya muncul secara tiba-tib...

~ AKUPUNKTUR - TERAPI KESIHATAN DAN KECANTIKAN ~

Akupunktur adalah satu sistem perubatan tradisional cina yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Terapi ini dipercayai telah digunakan oleh masyarakat zaman kuno seperti di Mesir, India dan China. Namun kredit telah diberikan kepada China kerana telah diamalkan secara meluas oleh masyarakt di China dan merekalah yang telah mula mengkaji serta mendokumentasi tentang Akupunktur. Kaedah terapi Akupunktur ialah dengan menggunakan tusukan  jarum  halus di tempat-tempat tertentu  badan  untuk menyembuhkan  kesakitan  atau tujuan  terapeutik . Terapi akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang  dadah  atau  racun . Terdapat 365 ttitk(point) utama pd tubuh badan manusia yang terbahagi kepada 14 meridian. Terapi Akupunktur ini telah diluluskan oleh WHO (World Health Organisation) dan terbukti keberkesanannya dalam menghilangkan kesakitan dan tujuan terapeutik . Kini ak...

HOMEOPATI DAN AKUPUNKTUR, ALTERNATIF UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

Mempunyai zuriat merupakan impian bagi semua pasangan yang berkahwin. Namun hari ini, masalah kesuburan yang makin meningkat menyukarkan kehamilan berlaku. Kesuburan boleh ditakrifkan sebagai ketidakupayaan pasangan samada suami atau isteri untuk mempunyai zuriat setahun atau lebih setelah mencuba. Punca Punca Kurang Subur Diantara faktor yang menyebabkan masalah kesuburan bagi pihak wanita ialah menghadapi pelbagai jenis penyakit seperti senggugut, keputihan, fibroid pada mana- mana bahagian seperti ovari, tiub fallopio atau di rahim.Tension, stress atau tekanan-tekanan lain. Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan dan sebagainya. Terdapat juga masalah dimana wanita yang mengandung tetapi mengalami masalah keguguran, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) , molar pregnancy. Ini juga merupakan masalah yang perlu diambil berat dan diberi penekanan kerana boleh mengakibatkan lambat hamil. Sementara dipihak lelaki pula mungkin kurang subur, kurang air...

WAKTU OPERASI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T UNTUK MAKLUMAN SEMUA, WAKTU OPERASI SEPANJANG NOVEMBER DAN DISEMBER 2016 ADALAH SEPERTI BERIKUT; SELASA-SABTU           : 10 PG - 6 PTG AHAD & CUTI UMUM : 10 PG - 1 PTG ISNIN                              : TUTUP Bagi penduduk disekitar Seremban, Nilai, Pajam, Mantin, Sepang, Senawang, Port Dickson, Seremban2,Pedas, Ampangan, Paroi, Kuala Pilah, Jelebu, Melaka, dan kawasan berhampiran bolehlah mendapatkan rawatan homeopati, akupunktur dan bekam di pusat rawatan kami. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi no tel : 019-2185300 (H/dr Shafiqa)

ALAMAT DAN NO TEL

Hubungi Kami di :- Alamat  NUR HOUSE OF WELLNESS NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4, PUSAT BANDAR SENAWANG, 70450 SENAWANG NEGERI SEMBILAN NO TEL : 06-6787812 (CALL)  HOTLINE : 016-6641012 (WHATSAPP) WAKTU OPERASI : SELASA - SABTU : 10 PAGI - 6 PETANG AHAD                     : 10 PAGI - 1 PETANG CUTI UMUM          : 10 PAGI - 1 PETANG (waktu operasi semasa cuti umum adalah tertakluk pada perubahan semasa) ISNIN                       : TUTUP FB PAGE : https://web.facebook.com/nurwellnesshouse/ EMEL : nurhouseofwellness@gmail.com

NUR HOUSE OF WELLNESS ( HOMEOPATHY AKUPUNKTUR SHAZI)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T Mulai OKTOBER 2016 Homeopati Akupunktur Shazi telah memulakan operasi dengan nama baru NUR HOUSE OF WELLNESS. Kami Juga telah berpindah ke tempat baru di alamat berikut NUR HOUSE OF WELLNESS NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4 PUSAT BANDAR SENAWANG, TAIPAN 2 70450 SENAWANG NEGERI SEMBILAN LOKASI KAMI BERHAMPIRAN DENGAN MR STEAK HOUSE, KEDAI BUKU SINARAN. HUBUNGI NO TEL 019-2185300