Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Sakit Perut

Penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan. Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat. Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah. Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah. Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan. Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun...

Penyakit Kulit

  Apa itu Eczema?? ECZEMA merupakan penyakit kulit yang biasa diamai dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak dikecuali. Penyakit eczema biasa berlaku dikalangan kanak-kanakberumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis". "Atopic" adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "Oversensitivity". Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa. Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit. Gejala-Gejala Eczema. ACUTE ECZEMA - Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan -Papules : pembentukan tompok-tompok merah ECZEMA KRONIK -Kulit menjadi kering, berair dan bersisik -Kulit ...

Resdung

Merawat Resdung (Sinusitis) Melalui Homeopathy,Akupuntur & Bekam. Di Pusat Rawatan Homeopathy Akupuntur Shazi, kami menyediakan rawatan Homeopathy,Akupuntur dan Bekam untuk membantu anda menghilangkan ulat/hama resdung yang bermaharajalela dalam tubuh anda. Resdung tidak mengenal erti belas kasihan kerana ia akan menggigit dan menjamah tubuh anda hingga anda merana dan menderita dan tidak tahan lagi menahan kesakitan. Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat malah ramai dikalangan kita yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya. Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih da...

Akupuntur ???

Akupunktur adalah kaedah pemulihan penyakit yang melibatkan saraf.Terdapat titik-titik akupunktur yang sangat efektif pada tubuh badan manusia yang boleh merawat berbagai jenis penyakit. Penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah akupunktur seperti:  1.Arthritis/sakit pada setiap persendian  2.Sakit belakang/pinggang  3.Salah urat  4.Urat saraf  5.Stroke/Angin Ahmar  6.Kekejangan  7.Kebas-kebas  8.sakit kepala  9.Sinusitis dan lain-lain lagi Terapi menggunakan jarum akupunktur yang halus,tajam dan telah diseteril serta pakai-buang.Tidak menyakitkan. Akupunktur adalah kaedah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala , selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur , perawat mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang...