HUBUNGI KAMI DI SINI :

NO 46-G, JALAN BANDAR SENAWANG 4
PUSAT BANDAR SENAWANG
70450 SENAWANG
NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-6787812 / 016-6641012

Tuesday, July 9, 2024

Kenapa Homeopati Istimewa?



Pertama sekali homeopati merawat setiap individu secara menyeluruh (individual) dan bukan untuk gejala individu. Konsep "treat the patient, not the disease" menunjukkan bagaimana homeopati mementingkan kesihatan individu secara menyeluruh dan bukan hanya gejala-gejala tertentu atau penyakit sahaja.

Dengan mengambilkira setiap orang sebagai satu entiti, ia membantu mencapai penyembuhan yang lebih baik, lebih komprehensif dan tahan lama berbanding perubatan lain.

Kedua, dalam homeopati hanya sejumlah kecil bahan ubat digunakan. Ubat-ubatan ini adalah selamat dan lembut walaupun untuk kanak-kanak dan bayi kerana ia tidak mengandungi toksik dan tidak mempunyai kesan sampingan. Setiap ubat homeopati telah di ujikaji ke atas manusia yang sihat dan bukan haiwan.

Akhirnya dan yang paling penting ialah homeopati membantu menguatkan sistem pertahanan semula jadi badan (vital force). Tubuh manusia mempunyai kecenderungan untuk melawan mikroorganisma dan hanya apabila pertahanan kita lemah, mikro-organisma boleh masuk ke dalam tubuh dan menyebabkan penyakit. Kuasa penyembuhan diri ditingkatkan dan dikuatkan oleh perubatan homeopati.

Penggunaan ubatan homeopati bukan sahaja akan membantu anda pulih dengan lebih cepat dan cekap daripada penyakit, tetapi juga akan memberikan anda lebih tenaga dan semangat dalam hidup.



*rujukan : Homeopathy At A Glance Oleh Margit (B-Jain Publisher