"Bangun pagi dan mendapati kelainan pada bahagian muka atau muka senget..." tapi bukan strok... Apakah Bell's Palsy ? Bell's Palsy merupakan satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau tidak berfungsi. Ini berlaku disebabkan oleh saraf motor yang mengawal otot-otot muka menjadi rosak. Kerosakan saraf ini biasanya berlaku disebabkan oleh keradangan atau jangkitan virus. Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama. Tanda-tanda Bell's Palsy. Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi. Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin a...
Nur House of Wellness (NS0133984-P) – Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari untuk Kesejahteraan Menyeluruh. Nur House of Wellness (NS0133984-P) menawarkan rawatan Tradisional dan Komplementari seperti Homeopati, Akupuntur, Bekam dan terapi semula jadi bagi membantu keseimbangan tubuh, minda dan emosi. "Menjaga kesihatan, menyubur kehidupan"